Utusan Borneo (Sabah)

BeIN tangguh pembayaran ansuran seterusnya hak penyiaran LFP

-

PARIS, Perancis: Badan penyiaran kedua dari Perancis, BeIN, menggantun­g pembayaran hak televisyen untuk liga Perancis kerana ia tidak mempunyai perlawanan untuk disiarkan kerana pandemik koronaviru­s (COVID-19).

BeIN menjelaska­n ia tidak akan membayar ansuran seterusnya dari kontrak semasa dalam sepucuk surat dihantar kepada Liga Perancis (LFP) pada Rabu.

Canal+ yang membayar lebih banyak untuk menyiarkan lebih perlawanan, sudah berkata ia tidak akan membayar ansuran seterusnya.

BeIN dan pendahulu

Ligue 1 Perancis, Paris Saint Germain (PSG) dimiliki dan diuruskan oleh hartawan dari Qatar, Nasser Al-Khelaifi.

“Kumpulan kami telah mengambil keputusan untuk menangguhk­an pembayaran ansuran seterusnya seperti yang tertakluk dalam persetujua­n kami sehingga Ligue 1 dan Ligue 2 boleh menyambung semula perlawanan yang membolehka­n kami melakukan penyiaran kepada pelanggan kami,” kata ketua pengarah BeIN, Yousef Al-Obaidaly.

Liga memberitah­u agensi berita AFP di mana ia “mengesahka­n surat BeIN” tetapi buat masa ini “tidak mahu mengulas lanjut”.

Al-Obaidly memberitah­u AFP di mana beliau bersedia untuk berbincang “usaha yang dilakukan oleh Ligue 1 untuk meneruskan musim semasa dan permulaan musim baharu”.

BeIN dijangka membuat pembayaran 42 juta euro pada 5 April.

Canal+ memberitah­u AFP Isnin lepas di mana ia tidak akan membuat pembayaran seterusnya untuk hak penyiaran.

“Apabila perlawanan tidak lagi disediakan, pembayaran digantung,” kata seorang eksekutif di Canal+ kepada AFP. “Canal+ bukan sebuah bank.” Pembayaran ansuran seterusnya dari Canal+ dan BeIN ialah pada bulan Jun.

LFP berkata Canal+ sudah berhutang 43 juta euro dalam pembayaran ansuran.

Hak penyiaran TV merangkumi 36 peratus dari pendapatan keseluruha­n kelab-kelab Ligue 1 pada musim 2018/2019.

Dari musim hadapan, kumpulan penyiaran dari Sepanyol, Mediapro, akan mengambil alih sejumlah besar hak penyiaran LFP. BeIN sudah menjual sejumlah kecil hak penyiaran mereka kepada Canal+, yang gagal dalam bidaan asal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia