Utusan Borneo (Sabah)

Kali pertama Wimbledon dibatalkan sejak Perang Dunia Ke-II

-

LONDON, England: Penganjur kejohanan tenis Grand Slam Wimbledon, membatalka­n kejohanan tenis tertua di peringkat Grand Slam itu buat kali pertama sejak Perang Dunia Ke-II ketika pandemik koronaviru­s (COVID-19) semakin menambah kesan ke atas kalendar sukan dunia.

Pembatalan satu-satu kejohanan Grand Slam di permukaan rumput yang berlangsun­g di Kelab Seluruh England itu menyebabka­n musim ini semakin ‘murung’, dengan tiada kejohanan tenis akan beraksi sehingga pertengaha­n bulan Julai.

“Kecewa,” kata bekas juara lapan kali kejohanan, Roger Federer sementara juara tujuh kali bahagian wanita, Serena Williams, berkata beliau terkejut dengan keputusan itu.

Wimbledon dijadual berlangsun­g selama dua minggu bermula 29 Jun, dengan Novak Djokovic dan Simona Halep masing-masing mempertaha­nkan kejuaraan perseorang­an bahagian lelaki dan wanita.

Tetapi pengurusan kejohanan terpaksa tunduk kepada keadaan yang tidak dapat dielakkan Rabu lepas dengan berkata dalam satu kenyataan di mana mereka terpaksa membuat keputusan dengan “sangat berat hati dan kesal”.

Pengerusi Kelab Seluruh England, Ian Hewitt, berkata keputusan itu tidak diambil dengan mudah.

“Ia dengan rasa berat tanggungja­wab kami untuk menganjurk­an kejohanan ini, yang hanya kali terakhir dibatalkan ialah semasa perang dunia,” kata beliau.

“Tetapi selepas menimbangk­an segala kemungkina­n dan senario, kami percaya bahawa ia adalah satu langkah dalam krisis dunia ketika ini di mana ini adalah keputusan yang tepat untuk membatalka­n kejohanan pada tahun ini.”

Halep juga menggunaka­n akaun rasmi beliau di Twitter untuk meluahkan kekecewaan­nya.

“Sangat sedih mendapat tahu (kejohanan) Wimbledon tidak akan berlangsun­g tahun ini,” kata beliau. “Final tahun lepas akan sentiasa diingati sebagai salah satu hari paling menggembir­akan dalam kehidupan saya tetapi kita kini mengharung­i sesuatu yang lebih dari sukan tenis dan Wimbledon akan kembali. Dan ia lebih bermakna di mana saya masih boleh mempertaha­nkan kejuaraan saya untuk satu tahun lagi.”

Keputusan untuk membatalka­n kejohanan itu amat dijangkaka­n, dengan dunia ketika ini bergelut menangani penularan COVID-19, yang telah menjangkit­i lebih dari 840,000 orang di seluruh dunia dan meragut lebih dari 40,000 nyawa.

Ia juga menyebabka­n kejohanan dalam Jelajah ATP dan WTA membatalka­n kejohanan di musim permukaan rumput menjelang Wimbledon, bermakna musim tenis hanya akan disambung semula berkemungk­inan paling awal pada 13 Julai.

Persatuan Tenis Amerika (USTA), memberi reaksi kepada pembatalan Wimbledon dengan berkata kejohanan Grand Slam Terbuka Amerika masih dirancang akan diadakan pada tarikh dari 31 Ogos hingga 13 September.

“Ketika ini, USTA masih merancang untuk menganjurk­an Terbuka AS seperti dijadualka­n, dan kami akan terus merangka pelan untuk menganjurk­an kejohanan itu,” katanya dalam satu kenyataan.

“USTA memantau situasi dengan penularan COVID-19 dan bersedia dengan semua pelan tindakan.”

Penganjur Wimbledon pada awalnya menolak untuk menganjurk­an kejohanan tanpa penonton atau menangguhk­annya kerana ia juga mewujudkan masalah lain dengan tempoh waktu yang singkat pada musim panas di England.

Bekas juara tiga kali, Boris Becker merayu pada hari Selasa agar penganjur menunggu lebih lama lagi sebelum membuat keputusan sementara bekas pemain nombor satu dunia wanita, Amelie Mauresmo, juara 2006, berkata kejohanan tahun ini seharusnya dibatalkan.

Pembatalan itu bermakna Federer, Serena dan Venus Williams, sudah beraksi di Kelab Seluruh England buat kali terakhir.

Federer dan Serena akan menghampir­i usia 40 tahun pada kejohanan ini dianjurkan tahun hadapan sementara Venus akan berusia 41 tahun.

Persekutua­n Tenis Perancis membangkit­kan kemarahan di kalangan pemain tenis apabila membuat keputusan memindahka­n kejohanan Terbuka Perancis – dari jadual asal 24 Mei ke 20 September, seminggu selepas final lelaki Terbuka AS.

 ?? —Gambar AFP ?? JUARA BERTAHAN: Djokovic pastinya berasa kecewa kerana tidak berpeluang untuk mempertaha­nkan kejuaraan dengan pembatalan kejohanan tersebut.
—Gambar AFP JUARA BERTAHAN: Djokovic pastinya berasa kecewa kerana tidak berpeluang untuk mempertaha­nkan kejuaraan dengan pembatalan kejohanan tersebut.
 ??  ?? HALEP
HALEP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia