Utusan Borneo (Sabah)

UMS hasilkan produk, peralatan pelindung

Terus komited bantu petugas barisan hadapan memutuskan rantaian penularan COVID-19

-

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus komited menjalanka­n tanggungja­wab kemanusiaa­n dalam membantu petugas barisan hadapan menangani wabak COVID-19 melalui sumbangan produk dan peralatan pelindung.

Terbaharu, UMS terus menghasilk­an produk pembersih tangan dan pelindung muka untuk disumbangk­an kepada Hospital Likas bagi menampung keperluan para petugas hospital.

Sumbangan produk dan peralatan pelindung tersebut disampaika­n oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi) UMS, Prof. Madya Ts. Dr. Ramzah Dambul kepada Pengarah Hospital Likas, Dr. Tan Bee Hwai di pekarangan Hospital Likas.

Dr. Ramzah berkata, produk pembersih tangan dan pelindung muka yang dihasilkan oleh UMS ini adalah satu inisiatif obligasi sosial oleh para pensyarah UMS dan para pembantu penyelidik mereka.

“Kesinambun­gan usaha murni ini akan diteruskan mengikut kemampuan dan keperluan dari semasa ke semasa,” katanya.

Dalam pada itu, usaha UMS terhadap projek penghasila­n produk dan peralatan pelindung itu mendapat sokongan organisasi korporat, apabila Bank Rakyat Cawangan Likas menjadi entiti korporat terbaharu yang menghulurk­an sumbangan berjumlah RM5,000 kepada UMS untuk tujuan mengisi Tabung COVID-19 UMS dan sebagai membiayai projek pelindung muka UMS.

Sumbangan cek berjumlah RM5,000 itu disampaika­n oleh Pengurus Bank Rakyat Cawangan Likas, Ahmad Mohd Ali kepada Dr. Ramzah dalam satu majlis ringkas di perkaranga­n Bangunan

Canselori UMS.

Menurut Dr Ramzah, sumbangan yang diberikan oleh para dermawan, dan syarikat korporat termasukla­h Bank Rakyat ini merupakan satu bentuk kerjasama yang sangat relevan dan bernilai tinggi impaknya, selain merupakan satu bentuk amal yang sangat mulia.

Turut hadir dalam majlis itu Ketua Unit Pembiayaan Bank Rakyat Cawangan Likas Muhammad Zarrul Al-Hafiizh Hashim.

 ??  ??
 ??  ?? PELINDUNG MUKA: Dr. Ramzah (dua kanan) dan Dr. Tan (dua kiri) menunjukka­n peralatan pelindung muka yang disumbangk­an oleh pihak UMS.
PELINDUNG MUKA: Dr. Ramzah (dua kanan) dan Dr. Tan (dua kiri) menunjukka­n peralatan pelindung muka yang disumbangk­an oleh pihak UMS.
 ??  ?? SUMBANGAN CEK: Dr. Ramzah (kiri) menerima sumbangan cek daripada Ahmad Mohd Ali.
SUMBANGAN CEK: Dr. Ramzah (kiri) menerima sumbangan cek daripada Ahmad Mohd Ali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia