Utusan Borneo (Sabah)

Lupa ambil gambar sendiri dan Balikpapan yang ditinggalk­an

- LANSKAP: Sebahagian lanskap Kota Balikpapan.

SAYA hampir terlupa bergambar ketika berada di Balikpapan. Mungkin kerana asyik mengambil gambar program misi dagang DBPS dan FMM selama tiga hari di Kalimantan Utara dan tiga hari di Kalimantan Timur pada 17-21 Februari lepas, kira-kira sebulan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an.

Di Balikpapan ketika itu, masih jarang terlihat orangorang dengan penutup muka. Kecuali di Bandara Juwata Tarakan, pemeriksaa­n suhu badan dijalankan dengan teliti sebelum kami dibenarkan meninggalk­an pesawat.

Hari Jumaat 21 Februari adalah hari terakhir di Balikpapan yang juga dikenali sebagai Kota Minyak itu. Menjelang tengah hari, kami check out dari Hotel Novotel dan kemudian bergerak ke lapangan terbang. Kami terpaksa transit di Tarakan satu malam sebelum naik pesawat Maswings ke Tawau dan seterusnya ke Kota Kinabalu pada 22 Februari.

Sebenarnya tidak banyak tempat yang sempat dikunjungi dalam program kali ini. Kebanyakan waktu digunakan untuk tugasan rasmi meliput program ‘business matching’ antara DPBS, FMM, KADIN, HIPMI yang dianjurkan Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Kota Kinabalu. Namun sempat juga ke Cafe Salakilo, Dekranasda,Pasar Inpres Kebun Sayur dan sebagainya.

Pengalaman meliput misi dagang seperti ini amatlah berharga. Kita berjumpa secara langsung peniaga peniaga, berkongsi pengalaman, bertukar kad nama,bertanya rahsia kejayaan dan sebagainya. Mana tahu di masa depan, maklumat dan pengetahua­n seperti ini ada gunanya.

Sebelum meninggalk­an Balikpapan, saya sempat membeli akhbar Kompas, Kaltim Post untuk dibawa pulang. Tapi tak ada yang menarik. Kompas, misalnya melaporkan mengenai golongan ibu-ibu yang dilanda kehebohan saat menerima khabar bahawa negara mengatur peranan suami isteri dalam keluarga. Mereka mempersoal negara mencampuri urusan rumah tangga.

Dalam Rancangan Undang-Undang (RUU) Ketahanan Keluarga, Pasal 25 ayat 2 mengatur kewajiban suami dan isteri dalam keluarga. Turut dilaporkan di muka depan ialah foto mengenai petugas menyiapkan ruang perawatan di KRI dr Soeharso di Dermaga Koarmada II Surabaya Jawa Timur sebagai salah satu pilihan untuk menjemput 74 Warga Indonesia yang menjadi KRU Kapal Pesiar Diamond Princess di Perairan Jepun yang berlabuh di Yokohama. Jumlah keseluruha­n Warga Indonesia di kapal pesiaran itu ialah 78 orang, empat di antaranya positif COVID-19 manakala 74 tidak terinfeksi.

“Siapa begitu sibuknya, mundar mandir memenuhi kota? Ruang menciut nafas mengerut, maut di jejak siap menjemput. Siapa kamu mengada lalu? Ini puisi Radhar Panca Dahana yang dibacanya pada Pementasan Teaterikal Puisi Lalu Kau di Gedung Kesenian Jakarta seperti yang dilaporkan Kompas dalam Ruangan Pendidikan dan Kebudayaan.

“Puisi, gambar di layar dan tampilan Radhar yang serba putih seolah meneguhkan suasana kota yang riuh tetapi kosong,Orang-orang berjibaku, mondar mandir, berkejaran atau mengejar impian tetapi sejatinya hampa. Manusia masih terus bertemu satu sama lain tetapi kehilangan makna.Seseorang memeluk orang lain, tetapi pelukannya hanya permukaan. Lalu, kenapa manusia menjadi kosong? Bagi Radar, manusia menjadi kosong kerana tidak menyediaka­n ruang bagi manusia lain yang berbeza,” begitulah seperti yang dilaporkan Kompas.

“Dulu, orang memakai waktu untuk merenung, tetapi kini tidak, sehingga yang menjadi adalah kosong,” kata Radhar seusai pementasan. Saya membaca Kompas sambil duduk menunggu keberangka­tan.

Kaltim Post, harian pagi pertama dan terbesar di Kalimantan Timur di ruangan selebriti melaporkan, Steffi Zamora, pemain filem dan sinetron dan sempat dikenal sebagai penyanyi membuka perniagaan menjual ais krim. Beliau mengaku paling suka makan ais krim kerana memakan ais krim membuat dirinya segar.

Lain lagi cerita artis Jane Shalimar yang menikah dengan Arsya Wijaya di Karawang Jawa Barat pada 20-02-20 dengan mas kahwin wang tunai Rp2,022,020 yang menjadi lambang hari perkahwina­n mereka.

Sementara itu,Radar Kaltara menyiarkan daftar nama Petugas Khatib jumaat di Masjid di 153 masjid di Kota Tarakan. Bagi saya ini sesuatu yang menarik kerana jarang sekali suratkhaba­r menyiarkan nama khatib yang membaca khutbah setiap Jumaat.

Jenuh membaca surat khabar, saya teringat ada memberi buku di Gramedia, Aku Memilih Cinta karya Maulana Jalaluddin Rumi. Saya sengaja mencari cari kata yang menarik sambil berfikir jadual keberangka­tan sebenarnya masih lama lagi. Namun satu tindakan bijak, apabila kami semua check in melalui kaunter Lion Air di Hotel Novotel.

“Ada begitu banyak harapan setelah keputusasa­an, ada begitu banyak matahari di akhir kegelapan,” kata Maulana Rumi.

“Jika tiba-tiba satu hal buruk atau bencana yang sama sekali tidak ditunggutu­nggu datang, bertindakl­ah logik, jangan panik, jangan putus asa, berprasang­kalah baik, berusahala­h untuk menghubung­kannya pada kebaikan,” Rumi sepenuhnya benar ketika dia berkata begitu.

“Kapal memerlukan air untuk berlayar.Namun jika air masuk ke dalam kapal, ia akan tenggelam.” Ya tapi kami bukan belayar, kami terbang dengan pesawat ke Tarakan lalu kemudian pulang.

“Cahaya rembulan menyinari setiap yang baik juga setiap yang buruk.Meski demikian, apakah ia pernah terkotori? Cahaya itu tetap kembali dan pergi kepada rembulan dalam keadaan bersih.” Cahaya bulan memang tidak dikotori walaupun ia boleh menyinari siapa saja.

“Tidak mudah untuk menjadi lilin…perlu terbakar dahulu untuk bisa menebarkan cahaya.” Saya teringat jika berlaku black out di rumah, kami selalu mencari lilin. Tapi sekarang saya masih berada di Balikpapan.

Waja sampai Kaputing, saya teringat kata-kata Pangeran Antasari ketika terlihat papan tanda di Markas Komando daerah Militer Mulawarman tapi terlupa bertanya apa maksudnya.

Selepas semua peserta rombongan menaiki bas yang disediakan untuk ke Lapangan Terbang. Terima kasih Mas Bima,Mas Djodi, Mbak Tika dan semua yang terlibat dan banyak membantu kami sepanjang kunjungan ke Balikpapan.

Terima kasih dan mohon maaf juga jika ada salah silap terkasar bahasa dan tutur kata kepada semua delagasi khususnya Konsul Ibu Rima Dyah Pramudyati, Konsul Muda Pak Sartono Hendrarso, Pak Widodo Muhammad, Pak Muhamad Abduh Basyaib, DPBS diketuai Haji Mohamad Awang Buntar dan dan FMM Sabah diketuai James Ha.

“Pak Wid, tolong ambil gambar saya!” Saya minta bantuan pak Widodo untuk mengambil gambar sebelum masuk ke balai Berlepas di Bandar Udara Internasio­nal Sultan Muhammad Sulaiman Sepinggan Balikpapan.

 ??  ??
 ??  ?? MAJU: Balikpapan, antara kota yang terbersih di Indonesia.
JALAN: Sebatang jalan di Balikpapan.
DARI HOTEL NOVOTEL: Kota Balikpapan dilihat dari Hotel Novotel.
SEBELUM PULANG: Penulis di Bandar Udara Internasio­nal Sepinggan.
MAJU: Balikpapan, antara kota yang terbersih di Indonesia. JALAN: Sebatang jalan di Balikpapan. DARI HOTEL NOVOTEL: Kota Balikpapan dilihat dari Hotel Novotel. SEBELUM PULANG: Penulis di Bandar Udara Internasio­nal Sepinggan.
 ??  ?? DELEGASI: Rombongan DPBS dan FMM Sabah bergambar di Kebun Sayur.
DELEGASI: Rombongan DPBS dan FMM Sabah bergambar di Kebun Sayur.
 ??  ?? KATA PERJUANGAN: Waja Sampai kaputing, kata-kata perjuangan Pangeran Antasari.
KATA PERJUANGAN: Waja Sampai kaputing, kata-kata perjuangan Pangeran Antasari.
 ??  ?? MEMBANTU: Mbak Tika dari Dispar.
MEMBANTU: Mbak Tika dari Dispar.
 ??  ?? CENDERAMAT­A: Baju antara cenderamat­a yang boleh dibeli Kalimantan.
CENDERAMAT­A: Baju antara cenderamat­a yang boleh dibeli Kalimantan.
 ??  ?? MENARIK: Penutup kepala yang penuh aksesori Dayak.
MENARIK: Penutup kepala yang penuh aksesori Dayak.
 ??  ?? MAJU: Moden dan maju, antara blok kedai di Balikpapan Selatan.
MAJU: Moden dan maju, antara blok kedai di Balikpapan Selatan.
 ??  ?? DI BALIKPAPAN SELATAN: Antara bangunan blok kedai di Balikpapan.
DI BALIKPAPAN SELATAN: Antara bangunan blok kedai di Balikpapan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia