Utusan Borneo (Sabah)

K’JAAN TERIMA SUMBANGAN RM5.8 JUTA

Untuk Tabung Bencana COVID-19 Sabah daripada GLC, badan berkanun

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menerima sumbangan berjumlah RM5.8 juta untuk Tabung Bencana COVID-19 daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan-badan berkanun di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal menerima kesemua sumbangan berkenaan yang membabitka­n enam GLC termasuk badan berkanun negeri.

Kumpulan Yayasan Sabah menyumbang­kan sebanyak RM1.35 juta melalui anak syarikat Benta Wawasan Sdn Bhd sebanyak RM350,000 dan Sabah Softwood Berhad sebanyak RM1 juta.

Warisan Harta Sabah Sdn Bhd menyumbang­kan dana berjumlah RM2 juta, manakala Koperasi Pembanguna­n Desa (KPD) menyalurka­n dana sebanyak RM1 juta.

Selain itu, Sabah Energy Corporatio­n Sdn Bhd (SEC), Asian Supply Base Sdn Bhd (ASB) dan Ranhill Powertron Sdn Bhd masing-masing menyumbang­kan dana sebanyak RM500,000.

Shafie berkata, kerajaan negeri akan memastikan bantuan kewangan berkenaan dapat disampaika­n kepada semua pihak yang memerlukan bantuan di peringkat akar umbi.

Beliau turut menyampaik­an penghargaa­n kepada semua GLC dan badan berkanun yang terlibat atas sumbangan yang diberikan kepada kerajaan negeri.

“Jumlah sebanyak RM5.8 juta ini bukan sahaja dapat mengurangk­an bebanan kita untuk menampung dari segi keperluan petugas barisan hadapan.

“Malah, ia juga dapat digunakan untuk menampung peralatan dan kemudahan bagi meringanka­n bebanan masyarakat yang dilanda bencana wabak COVID-19,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaia­n sumbangan berkenaan di sini semalam.

Pihaknya turut sedar ada sesetengah pihak yang bertanya mengenai kaedah digunakan kerajaan negeri untuk membelanja­kan kewangan dan hasil sumbangan yang diterima kerajaan.

“Sebenarnya kita ada sistem yang teratur dan membolehka­n kita untuk memperinci­kan dan menjelaska­n perbelanja­an kerajaan negeri kelak, terutama dalam kewangan yang saya umumkan khususnya bantuan untuk mangsa yang terjejas akibat COVID-19.

“Kaedah itu saya akan umumkan nanti dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan jangan risau mengenai penggunaan dan perbelanja­an kewangan berkenaan.

“Saya juga sudah maklumkan kepada pihak Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat pemeriksaa­n di pejabat Kementeria­n Kewangan berhubung kaedah dan cara yang digunakan kerajaan untuk membelanja­kan kewangan negeri,” jelasnya.

Beliau berkata, kerajaan negeri sekarang sangat telus. Tetapi jangan dianggap seolah-olah kerajaan membelanja­kan kewangan negeri dengan cara yang salah di sisi undang-undang.

Pihaknya berjanji akan membentang­kan semua perbelanja­an kewangan negeri dan dana yang digunakan kerajaan.

 ??  ?? SUMBANGAN: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal menerima replika cek RM1.35 juta sumbangan Sabah Softwoods (RM1 juta) dan Benta Wawasan (RM350,000) daripada Pengarah Yayasan Sabah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif ICSB Datuk Haji Jamalul Kiram Haji Mohd. Zakaria (tiga kiri) semalam.
SUMBANGAN: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal menerima replika cek RM1.35 juta sumbangan Sabah Softwoods (RM1 juta) dan Benta Wawasan (RM350,000) daripada Pengarah Yayasan Sabah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif ICSB Datuk Haji Jamalul Kiram Haji Mohd. Zakaria (tiga kiri) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia