Utusan Borneo (Sabah)

Kumpulan YS sumbang RM1.35 juta bantu tangani COVID-19

-

KOTA KINABALU: Kumpulan Yayasan Sabah melalui anak syarikatny­a, Sabah Softwoods Berhad dan Benta Wawasan Sdn Bhd menyumbang RM1.35 juta kepada Jawatankua­sa Tabung Bencana Negeri Sabah sebagai tanda keprihatin­an terhadap situasi penularan pandemik COVID-19.

Sabah Softwoods Berhad menyumbang RM1 juta, manakala Benta Wawasan Sdn Bhd menyumbang sebanyak RM350,000.

Penyerahan sumbangan disampaika­n Pengarah

Yayasan Sabah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif ICSB Datuk Haji Jamalul Kiram Haji Mohd. Zakaria kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie Haji Mohd. Apdal bertempat di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah (PPNS), di sini semalam.

Jamalul Kiram berkata, selaras dengan visi Kumpulan Yayasan Sabah

sebagai sebuah organisasi Berjiwa Rakyat dan Prihatin, Kumpulan Yayasan Sabah akan terus menyumbang bakti dalam meningkatk­an kualiti kehidupan rakyat Malaysia di Sabah.

“Sebagai sebuah Badan Berkanun Kerajaan Negeri, Kumpulan Yayasan Sabah akan terus menjadi tonggak dalam memberikan perkhidmat­an kepada masyarakat setempat.

“Kumpulan Yayasan Sabah bekerjasam­a rapat dengan Kerajaan Negeri Sabah memberikan tumpuan kepada usaha-usaha dalam suasana yang mencabar ini bagi menangani pelbagai keperluan yang timbul ketika negara kita dilanda dengan pandemik COVID19 ini.

“Kini, di saat negeri Sabah amat memerlukan sokongan, sudah tentu Kumpulan Yayasan Sabah prihatin dan bersedia menghulurk­an bantuan,” katanya.

Beliau berkata sumbangan ini juga sebagai tanda sokongan kepada Ketua Menteri terhadap usaha beliau membantu rakyat Sabah menghadapi situasi sukar ini.

“Ia bukan hanya mengenai sumbangan semata-mata tetapi lebih kepada membuat perubahan dalam membantu golongan yang terjejas akibat situasi penularan pandemik ini terutamany­a mereka yang bekerja dalam mencegah penyebaran wabak COVID-19 ini,” katanya.

Prihatin dengan petugas perubatan barisan hadapan yang mengendali­kan pandemik COVID-19, Kumpulan Yayasan Sabah juga sebelum ini telah menyumbang keperluan seperti kerusi plastik, tilam, bantal, meja lipat dan air mineral kepada petugas perubatan di Hospital Wanita dan Kanakkanak, Likas, Kota Kinabalu pada 23 Mac 2020, Hospital Tawau pada 24 Mac 2020, staf perubatan di Pusat Kuarantin Sungai Kayu, Sandakan pada 25 Mac 2020 dan Hospital Papar pada 26 Mac 2020.

“Sebagai sebuah organisasi RAKYAT, Kumpulan Yayasan Sabah komited dalam melaksanak­an aktiviti yang berbakti dan bersifat amal dengan menokok tambah serta melengkapi usaha Kerajaan Negeri dan Persekutua­n dalam pembanguna­n khususnya di Sabah dan Malaysia amnya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia