Utusan Borneo (Sabah)

Rayuan dua beradik ditolak atas kesalahan ingkar PKP

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Hakim Mahkamah Tinggi Tawau Dr Alwi Abdul Wahab menolak permohonan dua beradik dan sekali gus mengetepik­an keputusan Mahkamah Majistret Lahad Datu pada 31 Mac lalu atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mahkamah semalam ini mengekalka­n denda sebanyak RM1,000 masing-masing ke atas Ng Khim Weng, 50, dan Ng Kim Chiah, 47. Bagaimanap­un, mereka dikenakan hukuman penjara selama lapan hari bermula 31 Mac lalu, berbanding dua bulan sebelum ini.

Peguam bela Liew Hon Min sebelum ini dalam rayuannya memohon mahkamah menggugurk­an keputusan

Mahkamah Majistret Lahad Datu, digantikan dengan bon berkelakua­n baik.

Liew juga menjelaska­n hukuman penjara juga perlu dipertimba­ngkan bagi mengambil kira risiko penyebaran wabak COVID-19 ke atas pesalah.

Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Ali Imran bertindak sebagai responden membantah rayuan berkenaan termasuk membabitka­n hukuman penjara memandangk­an Lahad Datu menjadi daerah kedua tertinggi mencatatka­n bilang pesakit COVID-19 di

Sabah.

Responden turut menolak permohonan menggantik­an hukuman kepada bon berkelakua­n baik kerana kesalahan itu dilakukan lebih dari dua orang berkumpul di suatu tempat dalam masa sama sepanjang tempoh PKP.

Pada 31 Mac lalu, Khim Weng dan Kim Cheah didakwa secara bersama melakukan kesalahan ingkar PKP di Pusat Industri Dam, Jalan Dan, Lahad Datu, pada 28 Mac 2020, jam 11 pagi.

Berdasarka­n pertuduhan yang dibacakan, pesalah merupakan majikan Rintisan Hijau Sdn Bhd didakwa sengaja membuka premis milik mereka yang mana tidak menyediaka­n perkhidmat­an perlu seperti dinyatakan dalam Jadual Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (LangkahLan­gkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Sehubungan itu, mereka melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan sama dan dibaca bersama

Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarak­an selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Majistret Ryan Sangirann Rayner Jr kemudian menjatuhka­n hukuman penjara dua bulan dan denda RM1,000 kepada tertuduh.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Risal Abd Fikkah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 ??  ??
 ??  ?? INGKAR PKP: Kedua-dua tertuduh selepas selesai prosiding mahkamah.
INGKAR PKP: Kedua-dua tertuduh selepas selesai prosiding mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia