Utusan Borneo (Sabah)

Kemudahan di pusat kuarantin akan dipertingk­atkan

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Kemudahan infrastruk­tur di semua pusat kuarantin di negeri ini akan ditambah baik oleh kerajaan negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, pihaknya akan bekerjasam­a rapat dengan pelbagai pihak bagi memastikan penempatan di pusat kuarantin bukan sahaja selamat malah selesa untuk didiami penghuni.

Katanya, pihak Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) turut dimaklumka­n mengenai perkara itu agar infrastukt­ur di pusat kuarantin dapat dipertingk­atkan.

“Saya maklumkan pihak KKM kita akan bantu tambah baik sedikit mengikut keperluan dan ada yang boleh ditempatka­n di pusat kuarantin yang diwartakan kerajaan negeri.

“Saya turut arahkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menambah baik infrastruk­tur sama ada dari segi kemudahan tandas dan katil.

“Beberapa lokasi kita turut sedia kenal pasti untuk menempatka­n mereka yang datang dari luar negara dan perlu dikuaranti­n,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaik­an sumbangan topeng muka kepada petugas barisan hadapan di lokasi sekatan jalan raya di Jalan Kepayan di sini kelmarin.

Ditanya mengenai tindakan kerajaan Persekutua­n yang menyediaka­n pusat kuarantin di hotel secara percuma di Kuala Lumpur, Shafie menjelaska­n, perkara itu perlu diperincik­an terlebih dahulu sebelum dilaksanak­an di Sabah.

Beliau turut maklum mengenai peruntukan daripada KKM untuk bantu golongan yang tinggal di pusat kuarantin di hotel.

Bagaimanap­un katanya, di Sabah setakat ini, mereka yang memilih untuk dikuaranti­n di hotel perlu menanggung perbelanja­an mereka sendiri.

Dalam pada itu, pihaknya akan meneliti perkara itu dan mengenal pasti pendekatan terbaik untuk menguruska­nnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia