Utusan Borneo (Sabah)

Pekerja binaan warga asing dapat bantuan penduduk dan masjid

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Rukun Tetangga dan Masjid Az Zaemah Bandar Sri Indah (BSI) mengambil inisiatif menghulurk­an bantuan kepada pekerja binaan warga asing yang terjejas mata pencarian.

Pengerusi Lembaga Masjid Az Zaemah BSI Arbin Setta berkata, pihaknya mendapat maklumat bahawa semua pekerja kontrak binaan di BSI ini sudah tidak bekerja sejak penguatkua­saan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Mereka merupakan pekerja yang mendapat gaji harian dan rata-rata sudah kehabisan sumber makanan ekoran pihak pemaju memberhent­ikan operasi pembinaan,” katanya.

Beliau berkata, dengan ihsan semua penduduk BSI dan Masjid Az Zaemah membuat kutipan dana membeli barang-barang keperluan untuk diagihkan kepada mereka.

“Kita tidak mahu akibat kesempitan hidup yang dialami menyebabka­n mereka terpaksa melakukan jenayah pecah rumah untuk membeli barang keperluan.

“Sekiranya kita tidak ada inisiatif membantu mereka, tidak mustahil perkaraper­kara itu akan berlaku dan impaknya kepada penduduk taman BSI juga,” katanya.

Arbin berkata, pihaknya sudah menjalanka­n pemberian sumbangan ini hampir dua minggu dan lebih 200 keluarga sudah mendapat bantuan berkenaan.

“Kita sudah memberikan bantuan kepada keluarga yang tidak berkemampu­an termasuk mereka yang dikuaranti­n COVID-19,” katanya.

Jurucakap pekerja warga asing, Abu Khair Maraing, 45, berkata buruh binaan kontrak yang tinggal di rumah kongsi sudah mula merungut kehabisan bekalan makanan dan memerlukan bantuan berkenaan.

“Saya mendapat aduan ada di antara mereka yang tidak mempunyai beras untuk dimakan dan hanya memakan ubi kayu yang ditanam.

“Atas dasar itu, saya berhubung dengan pihak Masjid Az Zaemah supaya mereka membantu kami dari segi bahan makanan yang sudah terputus sejak PKP dikuat kuasakan,” katanya.

Abu Khair juga merakamkan terima kasih kepada penduduk BSI dan Masjid Az Zaemah kerana mendengar kesusahan serta sudi membantu kami.

“Setakat ini kami belum mendapat apa-apa bantuan daripada mana-mana pihak termasukla­h pemaju yang menggajika­n kami dan menyebabka­n kami terputus bekalan makanan.

“Sangat terharu kerana walaupun kami bukan warganegar­a Malaysia tetapi mereka tetap membantu kami,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia