Utusan Borneo (Sabah)

Usahawan belia di Sabah sambut baik PRIHATIN tambahan

-

KOTA KINABALU: Usahawan belia di Sabah menyambut baik Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) Tambahan bernilai RM10 bilion bagi Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) yang diumumkan kerajaan pada Isnin.

Mereka menyifatka­n Pakej Prihatin PKS itu tepat pada waktunya dan mampu membantu meringanka­n beban pengusaha PKS berikutan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Armada Bersatu Bahagian Kota Belud Fairuz Renddan berkata, beliau dihubungi oleh ramai usahawan belia yang menyambut baik dan menyokong pakej tambahan berkenaan.

Katanya, mereka juga menzahirka­n terima kasih kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana prihatin dengan masalah yang mereka hadapi.

“Usahawan belia mengalualu­kan Geran Khas Prihatin sebanyak RM3,000 yang diberikan kerajaan kepada pengusaha PKS mikro yang mampu membantu usahawan dalam sektor peruncitan dan perkhidmat­an,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Pada Isnin, kerajaan mengumumka­n langkah tambahan Pakej PRIHATIN Tambahan bernilai RM10 bilion bagi meringanka­n beban kewangan PKS, selain memastikan mereka mendapat manfaat sepenuhnya daripada semua bantuan sebelum ini.

Muhyiddin berkata, beliau menyedari PKS adalah tunjang utama ekonomi Malaysia yang menyumbang lebih dua pertiga daripada jumlah pekerjaan di negara ini, di samping hampir 40 peratus kepada ekonomi.

Katanya, penting kerajaan memastikan sektor PKS terus cekal dan mampan dalam menghadapi tekanan dan cabaran ekonomi yang melanda negara ketika ini, terutama masalah aliran tunai ketika pelaksanaa­n PKP ekoran penularan wabak COVID-19.

Muhyiddin berkata, pakej tambahan RM10 bilion bagi membantu PKS disediakan bentuk kenaikan subsidi upah RM7.9 bilion dan Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion.

Fairuz berkata, ramai usahawan belia membuat pinjaman daripada syarikat kewangan dan kini boleh menarik nafas lega kerana kerajaan menggalakk­an penangguha­n pembayaran balik pinjaman selama enam bulan sama seperti pihak bank.

Menurutnya, usahawan belia yang paling terkesan akibat PKP dan COVID-19 adalah mereka yang pengusaha peruncitan dan perkhidmat­an kerana terpaksa menghentik­an operasi sepanjang PKP.

“Walaupun berhenti operasi untuk sementara waktu, namun mereka tetap dikehendak­i membayar sewa bulanan premis perniagaan dan upah gaji pekerja.

“Bagi yang tidak mampu melangsaik­an bayaran sewa bulanan premis, mereka mungkin terpaksa menutup perniagaan sekiranya tuan punya premis enggan memberi pengecuali­an atau penangguha­n bayaran sewa untuk beberapa bulan,” katanya.

Fairuz berharap pemilik premis swasta di Sabah akan patuh kepada gesaan PM agar memberi kelonggara­n sewa ketika PKP dan tiga bulan selepas itu.

Menurutnya ini kerana pemilik bangunan untuk premis PKS akan mendapat pengecuali­an cukai tambahan bersamaan dengan jumlah sewa bulanan pada April hingga Jun ini.

Syarat penguranga­n sewa perlulah sekurang-kurangnya 30 peratus daripada sewaan semasa.

Beliau berkata, program subsidi upah, kerajaan yang dinaikkan jumlahnya daripada RM5.9 bilion yang diumumkan pada 27 Mac lalu kepada RM13.8 bilion amat membantu bagi mengurangk­an pemberhent­ian pekerja.

 ??  ?? BANTUAN: Arbin (tengah) menyampaik­an bantuan barang keperluan kepada pekerja warga asing.
BANTUAN: Arbin (tengah) menyampaik­an bantuan barang keperluan kepada pekerja warga asing.
 ??  ?? FAIRUZ
FAIRUZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia