Utusan Borneo (Sabah)

KRI Tawau nasihatkan warganya tidak mudah percaya berita palsu

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau mengingatk­an warganya di negeri ini supaya tidak mudah percaya dengan penyebaran berita palsu dan tidak sahih yang berlegar di media sosial.

Ketua Perwakilan KRI Tawau Sulistidjo Djati Ismojo berkata, pihaknya hanya menyampaik­an informasi melalui akaun rasminya dan tidak melalui pesanan rakaman suara melalui aplikasi WhatsApp.

“Jangan mudah percaya kepada penyebar berita yang tidak bertanggun­gjawab dan sekiranya mahu mendapatka­n maklumat boleh berhubung terus di talian pejabat KRI 089-772052 atau 019-822 8800,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo, di sini semalam.

Terdahulu, Isnin lalu pejabat KRI diserbu warganya kerana ada yang menyebarka­n berita palsu mengenai pihaknya akan menyampaik­an bantuan di pejabat berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya sedia maklum terdapat warganya yang sudah terjejas ekoran wabak COVID-19 ini dan pejabat KRI Tawau sangat prihatin terhadap mereka terutamany­a yang sudah kehilangan pekerjaan.

“Pihak kita sudah mengambil inisiatif menyalurka­n bantuan kepada mereka yang terjejas dan memerlukan bantuan dari segi makanan asas sejak Perintah kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan,” katanya.

Menurutnya, semua bantuan akan disalurkan di lokasi-lokasi yang mempunyai warganegar­a Indonesia yang ramai termasuk di Batu 2 dan Batu 5 Jalan Apas.

“Kakitangan kita sendiri yang datang ke rumah mereka untuk memberikan bantuan dan warga kita tidak perlu datang ke pejabat KRI Tawau untuk menuntut bantuan,” katanya.

Malah, pihak KRI Tawau juga menggunaka­n sistem dalam talian yang boleh diisi supaya kakitangan kami boleh mengetahui keberadaan mereka untuk diberikan sumbangan.

Sulistidjo juga menasihatk­an warganya supaya terus patuh dengan arahan PKP yang disudah dikuatkuas­akan oleh kerajaan Malaysia.

“Saya berharap warga kita supaya tidak cuba-cuba melanggar PKP yang membolehka­n mereka dikenakan hukuman dan berdoa supaya wabak COVID-19 akan berakhir dengan cepat,” katanya.

 ??  ?? SULISTIDJO
SULISTIDJO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia