Utusan Borneo (Sabah)

Berlegar-legar semasa PKP, tiga individu rupanya penagih dadah

- Oleh Vivi Olviana Najurus

TUARAN: Tiga lelaki yang berlegar-legar tanpa sebab kukuh di tepi sungai Kampung Laya-Laya di sini dikenal pasti sebagai penagih selepas polis menemukan sejumlah syabu di dalam kereta dinaiki suspek.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superinten­dan Mohd Hamizi Halim berkata, kejadian jam 6.35 petang kelmarin berlaku apabila beliau sendiri dan pegawainya menjalanka­n rondaan sekitar sini bagi memastikan orang ramai di daerah tidak melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Semasa rondaan dibuat, kita megesan tiga lelaki yang sedang berlegar-legar di kawasan berhampira­n sungai dan semasa ditanya mereka tidak dapat memberikan alasan kukuh untuk berada di luar.

“Disebabkan kelakuan mereka mencurigak­an, polis segera menjalanka­n siasatan serta pemeriksaa­n di dalam kereta yang dinaiki sebelum menemukan satu peket plastik lutsinar berisi hablur jernih dipercayai dadah jenis syabu,” katanya.

Beliau berkata hasil ujian air kencing terhadap ketigatiga suspek berumur 25 hingga 28 tahun juga positif dadah jenis methampeta­mine.

“Ketiga-tiga suspek didapati melanggar Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (No.2) 2020 semua suspek dibawa ke Balai Polis Tuaran untuk tindakan lanjut.

“Kes ini disiasat mengikut Peraturan 11(1) PeraturanP­eraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (No.2) 2020 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta 15(1) akta yang sama,” katanya.

 ??  ?? TAHAN: Tiga penagih yang berlegar-legar di kawasan sungai semasa PKP berkuat kuasa.
TAHAN: Tiga penagih yang berlegar-legar di kawasan sungai semasa PKP berkuat kuasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia