Utusan Borneo (Sabah)

Suhaimi Sulaiman dilantik pengerusi baharu Bernama

-

KUALA LUMPUR: Personalit­i penyiaran dan pakar strategi media tanah air Suhaimi Sulaiman telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang baharu bagi tempoh satu tahun berkuat kuasa 1 Februari lepas.

Sementarai­tu,HakimMahka­mah Tinggi Shah Alam Datuk Azmi Ariffin dilantik semula sebagai Yang Dipertua Majlis Penyeliaan Bernama, juga bagi tempoh satu (1) tahun berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

Menteri Komunikasi dan Multimedia

Datuk Saifuddin Abdullah ketika mengumumka­n perkara ini dalam satu kenyataan hari ini, berkata Suhaimi menggantik­an tokoh media Datuk Seri Azman Ujang.

“Kementeria­n mengucapka­n penghargaa­n dan terima kasih kepada Datuk Seri Azman atas perkhidmat­an beliau sebagai Pengerusi Bernama sejak tahun 2016,” katanya.

Menteri itu turut mengumumka­n pelantikan barisan 12 Anggota Lembaga Pengelola Bernama dan empat Anggota Majlis Penyeliaan Bernama, yang berkuat kuasa bagi tempoh perkhidmat­an yang sama.

Saifuddin berkata pelantikan mereka telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berdasarka­n peruntukan Akta Bernama 1967 [Akta 780].

Suhaimi, 57, yang berpengala­man dalam bidang penyiaran dan kewartawan­an, adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarang saluran berita TV Astro AWANI.

Beliau adalah pemegang Ijazah

Sarjana Pentadbira­n Perniagaan dari City University, Bellevue, Washington, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbira­n Perniagaan dari Portland State University, Portland, Oregon, Amerika Syarikat.

“Kementeria­n berharap Pengerusi Bernama serta barisan Anggota Lembaga Pengelola yang baharu ini berupaya membawa Bernama ke tahap yang lebih tinggi sebagai agensi berita yang berwibawa selaras dengan hasrat serta kepentinga­n awam,” kata Saifuddin. — Bernama

 ??  ?? SUHAIMI
SUHAIMI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia