Utusan Borneo (Sabah)

JPNS terima sumbangan unit peralatan perubatan

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Sebanyak dua kotak (24 botol bersaiz 500ml) pencuci tangan antiseptik, satu kotak (1,000 pasang) sarung tangan dan 5,000 keping penutup mulut diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Kota Kinabalu Ronnie Loh Ee Eng berkata, unit bantuan peralatan perubatan itu disumbangk­an oleh tiga individu iaitu Jimmy Chia Chee Wei, Danny Teoh Tech Choon (warga tempatan) dan Huang Guang Shan yang berasal dari bandar Pu Tian, China.

“Ketiga-tiga individu itu mengenali saya dan saya juga mencadangk­an agar sumbangan itu perlu diberikan kepada JPNS.

“Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan berakhir pada 14 April ini dan keperluan persediaan keselamata­n ini adalah wajib dipakai oleh warga Jabatan Pendidikan yang perlu berhadapan dengan ramai pelanggan seperti ibu bapa, guru dan orang awam berkenaan serta para murid dan pelajar,” katanya dalam satu kenyataan selepas menyerahka­n bantuan berkenaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah di sini semalam.

Beliau dimaklumka­n oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Tham Yun Fook bahawa Pengarah Pendidikan Sabah Dr. Mistirine Radin hadir setiap hari di pejabat bertugas di Bilik Operasi COVID-19 dalam tempoh PKP ini dan pegawai tertentu juga hadir bergilir mengikut jadual.

Katanya, usaha dilakukan itu bagi memastikan pembanguna­n pendidikan negeri ini terus dilaksanak­an dan harus diberi penghargaa­n.

Beliau juga berterima kasih kepada semua penderma kerana sudi memberikan bantuan kepada masyarakat Sabah yang memerlukan.

Katanya, Huang memberikan jaminan akan terus mencari dana dan sumber di negara ini untuk mendapatka­n unit pelindung mulut dan pencuci tangan antiseptik bagi keperluan para warga pendidik termasuk pelajar serta murid.

“Saya juga berterima kasih kepada Konsul Jeneral China di Kota Kinabalu Liang Caide atas kerjasama erat yang diberikan.

“Orang awam serta Chinese Red Cross Federation yang mahu mendermaka­n bantuan seumpamany­a boleh berhubung terus dengan saya,” katanya.

Sementara itu, Mistirine berkata, Kementeria­n Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Negeri Sabah telah menurunkan peruntukan kepada Pejabat Pendidikan Daerah dan semua sekolah kerajaan di negeri ini untuk membeli alat pengimbas suhu, sabun antiseptik dan cecair pembasmi kuman kegunaan murid sebagai langkah persediaan persekolah­an selepas PKP ini.

Bagaimanap­un katanya, bilangan murid seluruh negeri ini termasuk kakitangan pengajar dan pegawai jabatan pendidikan yang melebihi 500,000 orang.

“Keperluan dan sumbangan alat-alat pencegahan wabak ini sememangny­a masih amat diperlukan.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada YB Ronnie dan para penderma atas usaha serta keprihatin­an mereka memahami pengorbana­n warga pendidik sama ada di peringkat jabatan, guru dan murid di sekolah-sekolah,” katanya.

Hadir sama ketika menerima bantuan berkenaan Penolong Pengarah Sektor Pembanguna­n Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Rosaineh Suhaibul.

 ??  ?? KENANGAN: Dari kiri: Rosaineh, Tham, Mistirine, Ronnie, Jimmy dan Danny merakamkan gambar kenangan selepas penyerahan bantuan berkenaan.
KENANGAN: Dari kiri: Rosaineh, Tham, Mistirine, Ronnie, Jimmy dan Danny merakamkan gambar kenangan selepas penyerahan bantuan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia