Utusan Borneo (Sabah)

IKM KK wujudkan terowong sanitasi bagi keperluan petugas barisan hadapan

-

KOTA KINABALU: Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu sedang menyiapkan projek ‘Terowong Sanitasi’ bagi menampung keperluan petugas barisan hadapan untuk menangani penularan wabak COVID-19 di negeri ini.

Pengarahny­a Khairil Annuar Sobri berkata, pihaknya akan menyerahka­n Terowong Sanitasi ini di lokasi yang sudah dikenal pasti untuk membolehka­n kakitangan petugas barisan hadapan serta orang ramai melakukan pembasmian kuman sekali gus memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Katanya langkah ini merupakan salah satu tanggungja­wab sosial korporat (CSR) IKM Kota Kinabalu dalam menyediaka­n kemudahan yang boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat sekali gus mengurangk­an jangkitan COVID-19.

“Kita berharap agar sumbangan ini dapat sedikit sebanyak meringanka­n beban petugas Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) serta petugas barisan hadapan yang berhempas pulas menyekat penularan pendamik COVID-19 ini.

“Usaha ini merupakan sebahagian daripada program ICARE-M (Khidmat Masyarakat) yang mendekatka­n pelajar serta kakitangan

IKM Kota Kinabalu untuk bersama-sama masyarakat dalam menangani wabak COVID-19 di sekitar ibu negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media di Kota Kinabalu selepas menyampaik­an sumbangan penutup hidung dan mulut kepada Hospital Queen Elizabeth (QEH) Kota Kinabalu serta Hospital Daerah Tuaran, di sini semalam.

Hadir sama Pengarah MARA negeri Sabah Suhaimi Zainuddin, Hospital Daerah Tuaran Pengarahny­a Dr. G. Mohan A/L Gopal Naidoo serta Ketua Unit Kesihatan Awam Dan Persekitar­an QEH Arshad Abdul Majid.

Khairil berkata pihaknya juga menyerahka­n 200 penutup hidung dan mulut hasil inisiatif sendiri 10 kakitangan IKM Kota Kinabalu kepada petugas barisan hadapan bagi menampung kegunaan seharian mereka.

“Kita memperoleh maklumat bahawa hampir 800 keping penutup hidung dan mulut digunakan setiap hari oleh petugas di barisan hadapan dalam menangani wabak COVID-19 di negeri ini,” katanya.

Dalam perkembang­an sama Khairil berkata, pihaknya juga melaksanak­an CSR fasa pertama dengan menyerahka­n sumbangan makanan serta keperluan asas harian kepada kakitangan kawalan keselamata­n, pekerja kontrak pembersiha­n di sekitar kawasan kampus IKM.

“IKM Kota Kinabalu juga menyerahka­n lebihan sumbangan barangan keperluan harian ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi disalurkan kepada pihak yang memerlukan sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini,” katanya.

 ??  ?? SUMBANGAN: Suhaimi (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada Hospital QEH.
SUMBANGAN: Suhaimi (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada Hospital QEH.
 ??  ?? CSR: Suhaimi (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada Hospital Tuaran.
CSR: Suhaimi (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada Hospital Tuaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia