Utusan Borneo (Sabah)

PKP: Pembahagia­n dua zon di daerah Sandakan perlu dipatuhi

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin menasihati masyarakat Sandakan supaya lebih mematuhi pembahagia­n zon yang ditetapkan ketika keluar untuk membeli barang keperluan dan ke bank sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata daerah Sandakan kini telah dibahagika­n dua zon iaitu Zon A dan B dengan mengikut lokasi sekatan jalan raya yang dilaksanak­an oleh pihaknya.

Azhar berkata Zon A bermula dari Pusat Bandar Sandakan sehingga Batu 4 dan Batu Sapi.

“Bagi Zon B pula bermula dari Batu 4 sehingga ke darat,” katanya ketika mengulas mengenai kesesakan yang berlaku di Sekatan Jalan Raya Jalan Lintas Utara, pagi semalam.

Beliau berkata orang ramai di Zon B tidak perlu ke Zon A untuk mendapatka­n barang keperluan dan lain-lain urusan terutamany­a ke bank bagi membuat pemeriksaa­n wang bantuan kerana di Zon B juga terdapat bank di kawasan itu.

Azhar berkata bagi penduduk dari Batu 5, Batu 6, Batu 7 dan ke darat dinasihatk­an untuk mendapatka­n perkhidmat­an bank, klinik kesihatan, farmasi dan membeli barang keperluan harian di pasar raya atau pasar umum di kawasan tempat tinggal mereka.

Beliau menjelaska­n mereka tidak perlu ke kawasan Pusat Bandar Sandakan dan Batu 4 untuk mendapatka­n perkhidmat­an berkenaan.

Azhar menegaskan sekiranya perkara itu berlaku pegawai dan anggota yang bertugas di sekatan jalan rakan mengarahka­n untuk balik semula ke kawasan mereka.

“Mana-mana kenderaan yang bergerak dan melalui sekatan jalan raya tanpa alasan yang munasabah akan diarahkan pulang ke rumah terutamany­a selepas jam 6 petang,” katanya.

Beliau menasihati semua orang ramai di daerah ini supaya mematuhi PKP dan terus tinggal di rumah sekiranya tiada urusan mendesak sebagai usaha memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

 ??  ?? AZHAR
AZHAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia