Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk dinasihat jangan keluar ke pekan

-

KEMABONG: Persatuan penduduk Kampung Pengulobon, Abingkoi, Korolok, Ahuron Tenom (PAKAT) menyeru semua penduduk kampung supaya tidak keluar ke pekan sebaliknya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijangka berakhir pada 14 April ini.

Presiden PAKAT Rainus Sagulau berkata, semua lapisan rakyat diminta agar berada di rumah masing-masing sepanjang tempoh PKP yang dilaksanak­an untuk mencegah COVID-19 untuk memastikan rantaian jangkitan itu dapat dihentikan.

Katanya, pelaksanaa­n PKP oleh kerajaan bagi mengelak orang ramai terjangkit virus adalah satu keputusan yang baik untuk kepentinga­n dan keselamata­n rakyat.

"Melihat perkembang­an di kampung sejak perintah KPK ini dilaksanak­an, boleh dikatakan komuniti kampung tidak terjejas sebaliknya penduduk boleh mengawal perbelanja­an mereka," katanya.

Menurutnya, tidak terlalu banyak beban perbelanja­an yang dikeluarka­n termasuk belanja duduk di kedai kopi dan kedai makan.

"Jika ada urusan di pekan, penduduk boleh membawa bekal dari rumah supaya wang yang ada tidak terpakai berikutan pendapatan yang tidak menentu hasil penjualan hasil tani," katanya.

Bagaimanap­un, Rainus meminta jumlah pegawai kerajaan ke kawasan kampung dihadkan termasuk urusan penghantar­an bantuan makanan bagi mencegah jangkitan COVID-19.

Katanya, terdapat penghantar­an bantuan makanan ke kampung-kampung oleh pegawai-pegawai kerajaan malah oleh wakil rakyat sendiri sebenarnya melanggar peraturan PKP.

"Mereka datang ke setiap rumah untuk menghantar bantuan makanan dan dikhuatiri penduduk yang tidak memakai pelindung muka atau penutup hidung dan mulut boleh terjangkit virus apatah lagi jika mereka berkerumun untuk menerima bantuan," katanya.

Menurutnya, bantuan itu boleh dihantar melalui ketua kampung atau MPKK saja bagi mengurangk­an risiko jangkitan.

“Jika pelaksanaa­n PKP ini hanya dijalankan di atas jalan raya dan di pintu kedai amnya di kawasan pekan tapi pegawai kerajaan bebas masuk kawasan kampung dengan alasan penghantar­an bantuan, sudah tentu jangkitan wabak virus COVID-19 tidak dapat dihentikan dan tidak dapat dibendung," katanya.

Beliau juga meminta agar orang kampung yang bekerja di bandar tidak pulang buat sementara waktu sehingga wabak COVID-19 berakhir.

 ??  ?? SESAK: Kenderaan-kenderaan tersekat di Lintas Jalan Utara kerana perlu melalui Sekatan Jalan Raya COVID-19 untuk kebenaran memasuki Zon A (Pusat Bandar Sandakan).
SESAK: Kenderaan-kenderaan tersekat di Lintas Jalan Utara kerana perlu melalui Sekatan Jalan Raya COVID-19 untuk kebenaran memasuki Zon A (Pusat Bandar Sandakan).
 ??  ?? RAINUS
RAINUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia