Utusan Borneo (Sabah)

PKBSS giat bantu ahli dan golongan memerlukan sepanjang PKP

- Oleh Abd Naddin Hj Shaiddin

SEMPORNA: Berat mata memandang, lebih berat bahu memikul, kata peribahasa lama. Tapi mata yang memandang memikul tanggungja­wab untuk membantu meringanka­n bebanan yang dipikul apatah lagi jika mereka yang memandang itu daripada golongan yang berkemampu­an untuk menghulurk­an sumbangan dan bantuan.

Begitulah hendaknya. Sepanjang tempoh pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mencegah penularan wabak COVID-19 di negeri ini, banyak pihak terutamany­a golongan miskin dan berpendapa­tan rendah berdepan cabaran dan masalah dalam menjalani kehidupan harian mereka.

Paling terjejas ialah mereka yang tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap dan tidak dapat melakukan apa-apa untuk mencari rezeki bagi keluarga dan orang orang di bawah jagaan mereka.

Selain itu, ada juga golongan masyarakat yang baru mengalami musibah seperti kebakaran, rumah roboh dan sebagainya.

Sehubungan itu, Persatuan Kebajikan Bajau Simunul Sibutu Semporna (PKBSS) di bawah pimpinan Presidenny­a ACP (B) Ahmad Kenajaan mengagih-agihkan pelbagai bentuk sumbangan kepada golongan yang memerlukan terutama di kalangan ahliahliny­a.

Sejak 18 Mac hingga tempoh PKP berakhir pada 14 April, PKBSS tampil memberikan sumbangan, antaranya kepada 20 ketua rumah di Kampung Sabdi Inabah Kamal yang pernah terlibat dalam kebakaran.

Sumbangan juga dihulurkan kepada penduduk miskin di Kampung Bakau, Jalan Pinggir Bakau, yang diserahkan kepada wakil ketua kampung masing masing ekoran arahan PKP.

Penyerahan sumbangan PKBSS diteruskan juga ke kampung-kampung lain. Sepanjang program itu diadakan, PKBSS bekerjasam­a dengan Persatuan As-salam Masjid Kampung Bubul Batu, sebuah NGO yang aktif dalam gerakan dakwah.

PKBSS juga mengucapka­n terima kasih dan penghargaa­n kepada penderma terutama Datuk Sidin Karim selaku penasihat PKBSS merangkap ahli Suruhanjay­a Polis Malaysia, Timbalan Presiden PKBSS ASP (B) Abd.Gani Ajirul, Timbalan Presiden PKBSS Dato Seri Abd.Rahman@Tyhong, Datuk Mohd Said Hinayat, Ir Baharin Anwar dan rakan-rakan yang lain.

Persatuan itu juga menghulurk­an sumbangan untuk mangsa rumah roboh, Hajah Anang Lasa, isteri arwah Haji Okong di Kampung Seri Melur Bugaya.

Turut menerima sumbangan ialah 13 penduduk Kampung Bakau, Jalan Kampung Perigi yang diwakili oleh Haji Abd Rajik Osman.

Selain itu, PKBSS juga menyampaik­an sumbangan kepada Hasanah Abd Ghafar, mantan isteri Setiausaha PKBSS, Allahyarha­m Ibrahim Apeng untuk meringanka­n beban yang dihadapi ketika menghadapi masa yang sukar ini.

Sejajar dengan matlamat persatuan untuk membantu mereka yang memerlukan PKBSS terus menyampaik­an sumbangan kepada 11 orang ahlinya di Kampung Bubul Batu 2 diwakili Ajid Ajirul.

Sumbangan juga turut disampaika­n kepada Haji Kerino Jailani mewakili isterinya Sharifah Fatmah Sharif Jaafar dan anak-anaknya.

PKBSS juga memberi sumbangan dari rumah ke rumah kepada sembilan penerima ahli-ahli PKBSS.

Selepas itu PKBSS ke Kampung Damai 3 menyampaik­an sumbangan kepada Abd Rajan Tampe, Rukiah Tampe, Murphy, Punding dan Kopun.

PKBSS didaftarka­n secara rasmi pada 17 Disember 2019 dengan nombor pendaftara­n PPM-033-12-17122019. Antara matlamatny­a ialah melaksanak­an program dan aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan masyarakat dan menjalanka­n kerjakerja amal bagi tujuan kebajikan golongan yang miskin, terabai dan teraniaya.

Sebenarnya PKBSS wujud sejak 1996. Ia mengadakan pelbagai aktiviti. Pengerusin­ya ketika itu Haji Mohd Dara Langpad, bekas Ahli

Parlimen Silam dan salah seorang usahawan terkenal di Semporna.

Namun persatuan itu tidak didaftarka­n. Selepas beliau meninggal dunia, persatuan itu tidak aktif sehingga ia dihidupkan semula pada Oktober 2019 dan didaftarka­n kira-kira dua bulan kemudian.

Komitmen PKBSS untuk membantu mereka yang memerlukan pada masa masa sukar seperti sekarang wajar mendapat apresiasi. Menurut Presiden PKBSS ACP (B) Ahmad Kenajaan, pihak persatuan akan terus membantu ahli-ahlinya selagi terdaya untuk meringanka­n bebanan dan masalah yang mereka hadapi sepanjang tempoh PKP.

 ??  ?? UNTUK AHLI: Haji Kerino Jailani mewakili isterinya Sharifah Fatmah Sharif Jaafar dan anak-anaknya.
UNTUK AHLI: Haji Kerino Jailani mewakili isterinya Sharifah Fatmah Sharif Jaafar dan anak-anaknya.
 ??  ?? BANTU MASYARAKAT: ACP (B) Ahmad menyampaik­an sumbangan kepada 13 penduduk Kampung Bakau Jalan Kampung Perigi yang diserahkan kepada Abd Rajik.
BANTU MASYARAKAT: ACP (B) Ahmad menyampaik­an sumbangan kepada 13 penduduk Kampung Bakau Jalan Kampung Perigi yang diserahkan kepada Abd Rajik.
 ??  ?? SUMBANGAN UNTUK AHLI: ACP (B ) Ahmad Kenajaan menyampaik­an sumbangan kepada 11 ahli PKBSS yang diwakili Ajid Ajirul untuk diagihkan kepada 11 rumah di Kampung Bubul Batu 2.
SUMBANGAN UNTUK AHLI: ACP (B ) Ahmad Kenajaan menyampaik­an sumbangan kepada 11 ahli PKBSS yang diwakili Ajid Ajirul untuk diagihkan kepada 11 rumah di Kampung Bubul Batu 2.
 ??  ?? PRIHATIN: Ahmad menyampaik­an sumbangan kepada wakil ketua Kampung Inabah Kamal Sabdi.
PRIHATIN: Ahmad menyampaik­an sumbangan kepada wakil ketua Kampung Inabah Kamal Sabdi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia