Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan salur bantuan untuk rakyat

Tempasuk laksana agihan pertama beras dan keperluan dapur kepada golongan memerlukan

- Oleh Henry Bating

KOTA BELUD: Kerajaan Negeri Sabah telah menyalurka­n kira-kira 6,000 kampit beras bersama keperluan dapur kepada masyarakat Kota Belud di mana 2,000 kampit berserta keperluan dapur diagihkan kepada golongan memerlukan di kawasan DUN Tempasuk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk Datuk Musbah Haji Jamli berkata, pihaknya amat berterima kasih di atas keprihatin­an Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal atas pengagihan itu yang dilaksanak­an melalui Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) di sini.

“Semoga pengagihan ini dapat membantu penduduk menyempurn­akan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang wabak COVID-19,” katanya.

Sepanjang PKP berkuatkua­sa yang dijadual sehingga 14 April, semua isi rumah diminta untuk tetap berada di dalam rumah tanpa keluar sekiranya tidak mempunyai keperluan mendesak.

Menurut Musbah, terdapat ramai keluarga memerlukan bantuan keperluan harian dan pihaknya amat mengalualu­kan sumbangan daripada pihak NGO, syarikat mahupun individu.

Musbah berkata demikian ketika mengagih-agihkan bantuan berkenaan kepada penduduk di kawasan DUN Tempasuk semalam.

Dalam pengagihan itu, penduduk 61 kampung dalam DUN Tempasuk menerima bantuan beras dan keperluan harian.

Musbah menasihatk­an penduduk agar mematuhi PKP demi memastikan usaha kerajaan mengekang pandemik COVID-19 dapat disempurna­kan.

“Kedegilan dan sikap pentingkan diri dalam situasi kritikal sekarang hanya menyusahka­n pelbagai pihak khususnya kalangan anggota di barisan hadapan,” katanya.

Sementara itu Musbah meminta individu yang mempunyai simptom COVID19 agar tampil melakukan pemeriksaa­n dan membuat pengasinga­n diri.

Musbah khuatir kiranya penularan berlarutan bakal membawa peningkata­n kes menyebabka­n PKP dilanjutka­n lebih lama lagi.

Katanya, pelanjutan PKP bakal menjejaska­n kegiatan harian penduduk yang seterusnya membawa impak serius ke atas pendapatan mereka.

 ??  ?? KETUA: Ijuk Saibin pemimpin kampung terima bantuan daripada Musbah (kiri).
KETUA: Ijuk Saibin pemimpin kampung terima bantuan daripada Musbah (kiri).
 ??  ?? TERPENCIL: Musbah (depan) dan rombongan berjalan kaki menghantar bantuan.
TERPENCIL: Musbah (depan) dan rombongan berjalan kaki menghantar bantuan.
 ??  ?? TEMPASUK DUA: Lajumin Gambilau menerima bantuan daripada Musbah (kanan).
TEMPASUK DUA: Lajumin Gambilau menerima bantuan daripada Musbah (kanan).
 ??  ?? WANITA: Suri rumah Kg Bangkahak Baru terima bantuan daripada Musbah (kiri).
WANITA: Suri rumah Kg Bangkahak Baru terima bantuan daripada Musbah (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia