Utusan Borneo (Sabah)

Kebajikan pelajar Sarawak terkandas di UPSI dijaga

JASA sentiasa berusaha memastikan kebajikan 903 pelajar Sarawak tidak terabai

- Oleh Andy Sabang PATRICIA

“UPSI, kakitangan, Majlis Pelajar dan semua kami akan menjaga kebajikan anak anda. Kami memberi yang terbaik untuk memastikan setiap pelajar selamat ” daripada COVID-19.

SIBU: Seramai 903 pelajar Sarawak di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tidak dapat pulang ke kampung halaman masingmasi­ng disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan.

Daripada jumlah itu seramai 32 peratus atau 288 pelajar tinggal di kampus manakala 68 peratus atau 615 pelajar lagi tinggal di kawasan luar kampus yang dibahagika­n kepada zon berbeza, meliputi dari Zon A ke Zon F.

Jalinan Anak Sarawak (JASA) UPSI yang merupakan badan atau persatuan yang menjaga kebajikan anak-anak Sarawak di UPSI sentiasa berusaha memastikan kebajikan pelajar Sarawak tidak terabai.

Presidenny­a Elijah Inka berkata, bagi pelajar yang tinggal di kampus, mereka tidak menghadapi masalah kerana bekalan makanan sentiasa disediakan.

“Sebagai contoh, kafe di kampus dibuka seperti biasa tetapi makanan mesti dibawa pulang dan jika memerlukan wang untuk berbelanja, terdapat mesin ATM disediakan di kawasan kafe berkenaan.

“Secara jujurnya, pengurusan UPSI juga sangat baik untuk menjaga kesejahter­aan pelajar Sarawak yang tinggal di kolej,” ujar beliau dalam satu kenyataan.

Bagaimanap­un ujarnya, keadaan tersebut berbeza dengan pelajar yang tinggal di luar kampus kerana bekalan makanan mereka terhad apatah lagi banyak restoran ditutup.

Elijah berkata, sungguh pun ada restoran atau kedai makan dan minum dibuka namun ia terletak jauh dari rumah mereka.

Walaupun terdapat servis memesan dan menghantar makanan namun tidak ramai pelajar yang mampu berbuat demikian setiap hari.

“Mengetahui masalah itu, Unit Kawasan Luar Kampus (UKLK) telah bekerjasam­a dengan Majlis Pelajar UPSI untuk memberi bantuan kepada pelajar yang menghadapi masalah bekalan makanan, selain pihak pentadbira­n UPSI turut memberi bantuan kewangan kepada pelajar.

“Justeru saya memohon Kerajaan Sarawak menghantar bantuan kewangan atau bekalan makanan kering kepada pelajar Sarawak amnya,” ujarnya.

Menurut Elijah, beliau juga mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai bagi membantu pelajar yang tidak dapat pulang ke kampung halaman mereka.

Katanya, mereka yang ingin memberi sumbangan boleh berkunjung ke laman rasmi Facebook JASA.

Sementara itu, Penasihat JASA Dr Patricia Ganing berharap ibu bapa yang mempunyai anak yang sedang menuntut di UPSI

Dr Patricia Ganing Penasihat JASA

tidak bimbang dengan perkembang­an tersebut.

Patricia berkata, pihak pengurusan UPSI sentiasa berusaha memastikan pelajar termasuk dari Sarawak sama ada di dalam atau luar kampus diberikan bantuan yang diperlulak­an.

“UPSI, kakitangan, Majlis Pelajar dan semua kami akan menjaga kebajikan anak anda. Kami memberi yang terbaik untuk memastikan setiap pelajar selamat daripada COVID-19,” katanya.

 ??  ?? ELIJAH
ELIJAH
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia