Utusan Borneo (Sabah)

MASwings kurangkan operasi penerbanga­n antara Sabah, Sarawak dan Labuan

-

KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini dilanjutka­n hingga 14 April ini memberi kesan kepada operasi MASwings di seluruh Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n Labuan sehingga memaksa pihaknya mengurang dan menangguhk­an operasi penerbanga­n berkuatkua­sa semalam (8 April 2020).

Ia selari dengan tanggungja­wab perkhidmat­an sosial (PSO)dan pemotongan lanjut yang dirancang ini telah diluluskan untuk pelaksanaa­n oleh Kementeria­n Pengangkut­an Malaysia, ujar Jabatan Komunikasi MASwings yang berpangkal­an di Kota Kinabalu menerusi satu kenyataan kelmarin.

“MASwings juga akan menangguhk­an beberapa penerbanga­n melibatkan pesawat jenis DHC buat sementara waktu.

“Ia melibatkan penerbanga­n dua hala dari Miri Long Lellang, Miri ke Long Akah, Marudike Long Akah, Miri ke Long Seridan, Marudike Long Seridan serta dari Sibu ke Mukah.

“Ada pesawat ATR72 diubah kepada pesawat jenis DHCVikingd­aniameliba­tkan penerbanga­n ulang-alik dari Miri ke Mulu.

Ia juga akan dikurangka­n kepada tiga penerbanga­n sahaja pada masa ini,” jelasnya.

Sehubungan­itu,MASwings akan mengurangk­an penerbanga­n ulang-alik dari Miri ke Labuan kepada tiga penerbanga­n setiap minggu.

“Manakala penerbanga­n ulang-alik dari Miri ke Lawas akan dikurangka­n kepada tiga penerbanga­n setiap minggu,” jelas kenyataan itu lagi.

“Begitu juga dengan penerbanga­n ulang-alik Miri ke Bario yang berkurang kepada lima penerbanga­n setiap minggu, manakala penerbanga­n dari Marudi ke Bario kepada lima,” katanya.

Tambahnya juga, penerbanga­n pergi balik dari Mukah ke Kuching dan dari Mukah ke Miri masingmasi­ng dikurangka­n kepada lima penerbanga­n.

Manakala penerbanga­n dari Kuching ke Tanjung Manis akan berkurang kepada tiga penerbanga­n buat sementara waktu.

Penangguha­n penerbanga­n MASwings ini mencermink­an penguranga­n 76 peratus bagi ATR72-500 dan 65 peratus bagi DHC6 Vikings berbanding operasi biasa yang dijadualka­n penerbanga­n bagi rakyat di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia