Utusan Borneo (Sabah)

Konsep e-bazar Ramadan disambut hangat peniaga, warga Miri

-

MIRI: Konsep e-bazar Ramadan yang disarankan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mendapat sambutan yang amat memberangs­angkan daripada peniaga dan penduduk di Miri.

Malah sehari sebelum pengumuman tersebut Ahad lalu, usahawan di Miri mengambil inisiatif awal menubuhkan laman Facebook khas yang dinamakan Bazaar Ramadhan Online Miri bagi membolehka­n para peniaga menjalanka­n jual beli dalam talian pelbagai jenis produk makanan.

Menurut Pentadbir (Admin) laman Facebook tersebut Ezza Harisha Othman, 24, beliau membuka laman tersebut pada 4 April lalu dan sehingga semalam jumlah pengikutny­a melebihi 6,000 orang.

Beliau berkata, idea untuk menubuhkan laman tersebut bagi memudahkan para peniaga bazar Ramadan menjalanka­n perniagaan dalam talian pada tahun ini selain dapat membantu kerajaan mengekang penularan wabak COVID19.

“Sebelum Abang Jo bagitahu kita boleh buat ebazar, kita memang dah dalam PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), di mana saya dah jangka bazar Ramadan tidak akan dijalankan untuk tahun ini.

“Oleh itu, saya berfikir daripada tiada bazar, bagus kita buat bazar dalam talian.

“Penjual dan pembeli hanya perlu duduk di rumah, cuma penghantar yang bergerak, maka kita boleh mengurangk­an pergerakan orang ramai,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo melalui aplikasi Messenger di sini, semalam.

Ezza Harisha yang juga menjalanka­n perniagaan dalam talian sejak 2017 berkata, beliau tidak menyangka penubuhan laman Facebook tersebut mendapat sambutan yang begitu baik daripada warga Miri terutama para peniaga.

Beliau berkata, selain laman Facebook itu beliau turut membuat kumpulan WhatsApp dan Telegram bagi memudahkan lagi urusan jual beli antara penjual dan pembeli.

“Memandangk­an ini dah tahun 2020, semua teknologi di hujung jari dan semua orang menggunaka­n telefon pintar tidak kira tua atau muda, kiranya e-bazar ini boleh dijadikan platform baharu untuk para penjual pada masa akan datang.

“Saya prihatin juga dengan nasib peniaga kecil yang kurang berkemampu­an, lebih-lebih lagi pada masa PKP ini mereka tidak dapat menjana pendapatan, jadi dengan adanya laman e-bazar ini dapat mengurangk­an beban mereka,” ujarnya.

Laman Facebook Bazaar Ramadhan Online Miri meliputi peniaga-peniaga dari seluruh bandar raya Miri dari kawasan Senadin sehinggala­h ke Lambir.

Ezza Harisha berkata, beliau juga mendapatka­n senarai penghantar daripada komuniti ONE@Runner MYY yang terdiri daripada anak muda tempatan.

Katanya, kira-kira 20 penghantar makanan terlibat dan mereka juga mahu menjalanka­n tugas ini secara amal di mana pembeli boleh membayar yuran penghantar­an seikhlas hati.

Tinjauan Utusan Borneo pada laman tersebut mendapati para peniaga mula menjalanka­n urusan jual beli dalam talian dalam tempoh PKP ini walaupun belum lagi memasuki bulan Ramadan yang dijangka bermula pada 24 April depan.

 ??  ?? MEMUDAHKAN: Ezza Harisha menunjukka­n laman Facebook Bazaar Ramadhan Online Miri bagi memudahkan para peniaga di Miri menjalanka­n urusan jual beli sempena bulan Ramadan akan datang.
MEMUDAHKAN: Ezza Harisha menunjukka­n laman Facebook Bazaar Ramadhan Online Miri bagi memudahkan para peniaga di Miri menjalanka­n urusan jual beli sempena bulan Ramadan akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia