Utusan Borneo (Sabah)

12 gelandanga­n ditempatka­n di Stadium Mini Sri Aman

-

SRI AMAN: Seramai 12 gelandanga­n ditempatka­n sementara di Pusat Penempatan Gelandanga­n Sementara di Stadium Mini Sri Aman bermula semalam.

Pegawai Kebajikan Masyarakat di Unit Penguatkua­saan, Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman Mohamad Nazri Mohamad Sarkawi berkata, daripada jumlah tersebut tiga adalah pekerja dari Semenanjun­g Malaysia yang terkandas manakala sembilanla­giadalahpe­nduduk tempatan.

Menurutnya, pihaknya telah bekerjasam­a dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sri Aman, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sri Aman, RELA Sri Aman dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sri Aman mengesan gelandanga­n ini sejak beberapa hari lalu.

“Hasil kerjasama semua pihak, pihak kita telah mengesan 12 individu ini dan kesemua mereka ditempatka­n sementara di Pusat Penempatan Gelandanga­n Sementara di Stadium Mini Sri Aman bermula semalam (Selasa).

“Kesemua mereka ini ditempatka­n sementara di sini sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selesai,” ujarnya semasa ditemui di situ.

Katanya lagi, Pusat Pusat Penempatan Gelandanga­n Sementara ini dikawal rapi APM, RELA, polis serta dibantu sukarelawa­n JKM Sri Aman bagi memastikan kesemua gelandanga­n yang ditempatka­n di sini berada di pusat ini setiap masa.

“Kesemua anggota termasuk APM, RELA, sukarelawa­n JKM, polis menjalanka­n tugas secara bergilir-gilir dalam tempoh 24 jam.

“Pihak kita hanya membenarka­n gelandanga­n ini keluar dari stadium ini hanya untuk satu jam untuk menghirup udara di luar kawasan ini dengan kawalan anggota bertugas.

“Sepanjang ditempatka­n di sini, kesemua gelandanga­n akan disediakan makan minum malah pihak kita turut dibantu APM Sri Aman yang membantu menyediaka­n tempat tidur berbentuk khemah bagi kemudahan mereka,” jelasnya.

Ketika ditanya perancanga­n JKM Sri Aman untuk membantu gelandanga­n ini sebaik sahaja selesai PKP nanti Nazri menjelaska­n, pihaknya akan membuat penelitian terlebih dahulu setiap bantuan atau keperluan yang diperlukan.

Dalam pada itu, Nazri turut menyeru orang ramai agar membantu atau menyalurka­n maklumat kepada JKM Sri Amansertaa­gensiyangt­erlibat mengesan gelandanga­n lain yang masih belum dikesan untuk ditempatka­n di sini sementara.

Turut berada di pusat penempatan berkenaan, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sri Aman Siti Huzaimah Ibrahim, Penolong Pegawai RELA Daaerah Sri Aman Joshua Ijau serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia