Utusan Borneo (Sabah)

Khidmat sukarelawa­n diguna agih bantuan makanan

Lukanisman guna khidmat para sukarelawa­n hantar bantuan kepada golongan memerlukan semasa PKP

- Oleh Rosemaria Buma

MIRI: Sebagai usaha memastikan bantuan makanan dapat dihantar segera kepada golongan memerlukan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni mengambil pendekatan sendiri dengan menggunaka­n khidmat para sukarelawa­n.

Menurut Lukanisman, sebelum ini beliau ada memuat naik satu video yang menyatakan bahawa Pusat Khidmat P.218 Sibuti memerlukan khidmat para sukarelawa­n dalam membantu menghantar bantuan makanan kepada golongan memerlukan di kawasan Taman Tunku.

“Selepas menonton video itu, pada pagi Selasa se

“Selepas menonton video itu, pada pagi Selasa sekumpulan sukarelawa­n terdiri daripada 20 orang termasuk seorang wanita telah tampil menyahut ” tawaran saya.

kumpulan sukarelawa­n terdiri daripada 20 orang termasuk seorang wanita telah tampil menyahut tawaran saya.

“Kumpulan sukarelawa­n ini telah menggunaka­n 15 motosikal dan lima kereta sebagai pengangkut­an untuk menghantar bantuan tersebut,” katanya kepada Utusan Borneo kelmarin.

Menurut Lukanisman, pada Sabtu lepas, Pusat Khidmat P.218 Sibuti telah mula mengumpul nama golongan memerlukan di sekitar Taman Tunku yang terdiri daripada mereka yang terjejas seperti pekerja bergaji hari dan yang bercuti tanpa gaji.

Bagi memudahkan proses ini katanya, mereka yang terlibat hanya perlu membuat permohonan dengan mengisi borang secara dalam talian.

Justeru bagi memudahkan proses penghantar­an bantuan dapat dilaksanak­an dengan segera katanya, beliau telah mengambil pendekatan dengan menggunaka­n khidmat para sukarelawa­n untuk melakukan tugas tersebut.

“Kerja-kerja penghantar­an di bandar jauh lebih susah berbanding di kampung dan rumah panjang kerana mereka ada ketua kampung atau tuai rumah yang akan mengambil bahagian untuk pendudukny­a manakala di bandar terutama Taman Tunku dengan penduduk seramai 20,000, ia satu cabaran besar disebabkan kedudukan pemohon atau penerima yang bertaburan.

“Namun dengan bantuan gajet canggih, lokasi penerima bantuan dapat dikesan dengan cepat,” katanya sambil menambah, cabaran sekarang adalah cuaca hujan dan penerima tidak dapat dihubungi.

Menurut Lukanisman, proses penghantar­an yang dilakukan sejak Isnin berjalan lancar dan sehingga Selasa lebih 400 bungkusan bantuan telah dihantar kepada penerima.

Beliau juga memberitah­u, pergerakan sukarelawa­n ini telah dimaklumka­n kepada pihak polis dan mereka turut diberi taklimat tentang aspek keselamata­n dan penjagaan kebersihan sebelum kerjakerja dilaksanak­an.

“Kerja-kerja penghantar­an bantuan makanan ini dijangka dapat diselesaik­an Jumaat ini,” ujarnya.

Lukanisman Awang Sauni Ahli Parlimen Sibuti

 ??  ?? SUKARELAWA­N: Lukanisman (berdiri depan, empat kiri) bersama sekumpulan sukarelawa­n yang membantu beliau menghantar bantuan kepada golongan penerima di kawasan Taman Tunku.
SUKARELAWA­N: Lukanisman (berdiri depan, empat kiri) bersama sekumpulan sukarelawa­n yang membantu beliau menghantar bantuan kepada golongan penerima di kawasan Taman Tunku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia