Utusan Borneo (Sabah)

OPA sumbang lebih 100 kotak PPP kepada petugas barisan hadapan

-

KUCHING: Persatuan Bekas Putera (OPA) telah menyumbang lebih 100 kotak Peralatan Perlindung­an Peribadi (PPP) kepada hospital dan klinik yang memberikan rawatan wabak COVID-19 di Sarawak.

Menurut kenyataan akhbarnya kelmarin, PPP itu digunakan untuk melindungi petugas kesihatan barisan hadapan terutama petugas perubatan dalam menjalanka­n proses saringan dan rawatan terhadap pesakit COVID19.

Timbalan Pengerusi Cawangan OPA Sarawak OP Mashan Ahmad Rais telah menyerahka­n 72 unit kotak intubasi dan 85 unit kotak saringan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) dan Hospital Umum Sarawak (HUS).

Selebihnya telah diselaras oleh OP Edmund Ranum untuk diedar di sekitar Kuching, Kota Samarahan, Serian, Betong, Sibu, Bintulu, Miri dan Marudi dengan sokongan Tentera Darat Malaysia (TDM) ihsan daripada Panglima Medan Timur (PMT).

Inisiatif tersebut telah meraih dana sebanyak RM30,000 untuk Sarawak sahaja termasuk tajaan RM5,000 daripada Lembaga Pembanguna­n dan Lindungan Tanah (LCDA) sebagai sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat (CSR).

Selain itu sumbangan juga diperoleh daripada orang ramai yang mengambil berat terhadap kesejahter­aan petugas barisan hadapan dalam mengurus pesakit COVID-19.

Kesemua dana sumbangan telah digunakan untuk menghasilk­an kotak-kotak PPP intubasi dan saringan dalam masa 24-jam.

Penghantar­an kotak-kotak PPP dari Kuala Lumpur telah diselarask­anolehTent­eraUdara Diraja Malaysia (TUDM) melalui pesawat pengangkut mereka ke Kuching.

“Kami ingin mengucapka­n ribuan terima kasih kepada Persatuan Bekas Putera Cawangan Sarawak atas sumbangan ini semasa penularan wabak COVID-19.

“Ia amat membantu kami dalam menjalanka­n tugas menangani wabak ini daripada tersebar lebih luas,” kata Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Sarawak Dr Chin Zin Hin.

Inisiatif OPA menyokong petugas barisan hadapan telah dimulakan oleh OP Dr Firdaus Hariri yang pernah bertugas di Klinik Pergigian Kota Samarahan dalam menjawab permintaan di Lembah Klang di mana ia menunjukka­n kadar jangkitan wabak COVID-19 yang tertinggi.

Dalam masa 24-jam, ahliahli OPA telah bergerak untuk mengumpul dana dan menghasilk­an kotak-kotak PPP mengikut piawaian untuk diedar ke pusat-pusat rawatan COVID-19.

Dikatakan sebagai ‘kerja gila’ oleh OPA, mereka bangga kerana dapat memberikan bantuan kepada petugas kesihatan barisan hadapan dalam apa jua cara, terutama kawasan kritikal di seluruh negara.

“Terima kasih kepada OPA kerana menghasilk­an pelindung muka dan kotak-kotak PPP untuk kami melindungi diri sendiri.

“Saya merasakan bahawa kami memerlukan kesemua petugas untuk sihat pada masa ini,” kata Pengarah Hospital Umum Sarawak Dr Ngian Hie Ung kelmarin.

 ??  ?? TANGGUNGJA­WAB SOSIAL: Penyerahan sumbangan kotak Peralatan Perlindung­an Peribadi oleh Persatuan Bekas Putera kelmarin.
TANGGUNGJA­WAB SOSIAL: Penyerahan sumbangan kotak Peralatan Perlindung­an Peribadi oleh Persatuan Bekas Putera kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia