Utusan Borneo (Sabah)

Bomba melakukan operasi sanitasi bas awam

-

MIRI: Balai Bomba dan Penyelamat Miri melakukan operasi sanitasi untuk bas awam digunakan bagi tujuan mengangkut penumpang dari luar Sarawak ke hotel-hotel ditetapkan sebagai pusat kuarantin untuk mereka.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Law Poh Kiong berkata operasi sanitasi itu memastikan bas digunakan sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat untuk kegunaan penumpang.

“Bas ini perlu disanitasi­kan sepenuhnya supaya tidak membahayak­anpenumpan­g,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Bas sama digunakan membawa 14 orang penumpang tiba di Miri dengan menaiki penerbanga­n MASWings dari Labuan dihantar ke salah sebuah hotel di sini untuk kuarantin.

Menurutnya, seramai empat anggota terlibat dengan dua tangki semburan digunakan untuk tujuan itu ke atas keseluruha­n bas sebesar 350 kaki persegi.

“Bas penumpang disanitasi­kan sepenuhnya dibenarkan menjalanka­n tugas baharu bagi mengangkut penumpang seterusnya,” ujar Law.

Pada masa sama, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng, semalam turut melakukan operasi sanitasi di rumah ibadat iaitu Gereja St Dominic & The Rosary, Taman Tunku di sini.

Seramai empat anggota turut terlibat dengan menggunaka­n dua tangki semburan jenis 16 liter pam elektrik.

Menurut Law, sebanyak lima liter air campuran Clorox digunakan melakukan sanitasi ke atas gereja tersebut meliputi keluasan kawasan 7,500 meter persegi.

Beliau yang hadir memantau operasi sanitasi turut mengiringi dan memberi taklimat kepada Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting.

 ??  ?? SELAMAT: Anggota bomba melakukan operasi sanitasi ke atas bas awam.
SELAMAT: Anggota bomba melakukan operasi sanitasi ke atas bas awam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia