Utusan Borneo (Sabah)

METS mempunyai bekalan makanan mencukupi

-

MIRI: Malaysian Evangelica­l Theologica­l Seminary (METS) menjelaska­n semua 36 pelajar dan guru di METS Buduk Aru, Lawas tidak memerlukan bantuan makanan seperti dilaporkan dalam berita disiarkan Isnin lalu oleh sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris.

Pengetua METS terbabit, Rev Dr Henry Padin memberitah­u sebenarnya sekolah teologi terletak di tanah tinggi di Ba’Kelalan itu mempunyai bekalan makanan mencukupi.

“Bekalan makanan untuk pelajar dan guru kami di METS Buduk Aru di Ba’Kelalan tidak pernah menjadi masalah. Mereka mempunyai bekalan makanan mencukupi sepanjang tahun ini.

“Ini kerana, sentiasa ada penduduk di Ba’Kelalan dan sekitarnya menawarkan bekalan makanan kepada kami, jadi tidak ada masalah berkaitan bekalan makanan seperti dilaporkan,” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Henry yang merupakan timbalan presiden Borneo Evangelica­l Mission (BEM) Sarawak, berkata METS Buduk Aru berada di bawah jagaan semua gereja di Ba’Kelalan dan menjadi tradisi bertahun-tahun sejak penubuhan sekolah itu pada 1962.

“Bekalan makanan tidak pernah menjadi masalah kerana gereja-gereja ini tidak pernah gagal menyediaka­n apa yang perlu bagi membantu pelajar dan gurunya.

“Kami berharap pada masa akan datang, isu-isu mengenai gereja tidak dipolitikk­an atas apa juga sebab,” katanya.

Dalam laporan berita disiarkan Isnin lalu, Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ba’Kelalan Tadan Arun mendakwa pelajar dan guru sekolah teologi itu memerlukan bantuan makanan kerana bekalan habis disebabkan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau mendakwa penduduk Kampung Buduk Nur mendermaka­n keperluan harian seperti beras, minyak masak dan sesetengah bahan makanan dalam tin dan jika situasi berterusan pelajar dan guru menghadapi lebih banyak kesulitan.

 ??  ?? DR HENRY
DR HENRY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia