Utusan Borneo (Sabah)

Petugas barisan hadapan di Betong terima sumbangan nanas

-

BETONG: Petugas barisan hadapan di kawasan Betong masing-masing menerima sumbangan buah nanas daripada kerajaan negeri yang diagihkan melalui Jabatan Pertanian Bahagian Betong.

Buah nanas itu diedar secara percuma kepada semua petugas barisan hadapan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Betong.

Pegawai Operasi Balai BombadanPe­nyelamat(BBP) Betong Henry Jugah memberitah­u, selain pelbagai sumbangan berbentuk makanan dan peralatan, pihaknya turut menerima sumbangan buahbuahan.

“Kami amat menghargai sumbangan yang diberikan pelbagai pihak terutama kerajaan Negeri yang diwakili wakil-wakil rakyat yang sangat prihatin kepada barisan hadapan.

“Terima kasih kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Layar Gerald Rentap Jabu, Ahli Parlimen Betong Datuk Robert Lawson Chuat Entering dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Dr Richard Rapu kerana begitu memandang tinggi kepada kami pasukan barisan hadapan di bahagian Betong terutama jabatan kami,” katanya.

Beliau memberitah­u demikian berhubung penyerahan nanas kepada BBP Betong yang disampaika­n Pegawai Pertanian Bahagian Betong Petrus Kang di sini, kelmarin.

Turut hadir ialah Ketua Balai BBP Betong Vincent Baling Yabi.

Dalam pada itu, penduduk Rumah Banta, Kubal Batu, Lidong di sini yang mengusahak­an tanaman nanas pada mulanya mengeluh kerana sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an mereka tidak dapat menjual hasil tanaman.

Tuai rumahnya memberitah­u, pengusaha tanaman nanas di kawasan itu amat resah akibat tanaman mereka tidak dapat dijual.

“Masuk minggu ketiga kita diarah mematuhi PKP akibat pandemik COVID-19, kami berasa amat risau akan tanaman kami yang begitu banyak dan hasil yang tidak dapat dijual.

“Nak dimakan sendiri pun dah muak, nak diberi kepada jiran, masing-masing ada,” ujarnya.

Tetapi kini mereka menarik nafas lega atas inisiatif prihatin kerajaan negeri.

“Namun Jabatan Pertanian Bahagian Betong dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Saribas telah berunding untuk membeli hasil nanas kami agar buah tidak membusuk dan kami dapat mengelak kerugian.

“Dalam keadaan sekarang kami amat bersyukur kerana pihak terbabit membeli secara borong hasil nanas kami yang mencecah 1,000 biji.

“Difahamkan hasil nanas keluaran kami juga akan disumbang kepada petugas barisan hadapan,” katanya.

 ??  ?? SUMBANGAN: Petrus menyerahka­n buah nanas kepada anggota bomba Betong yang diterima Vincent kelmarin.
SUMBANGAN: Petrus menyerahka­n buah nanas kepada anggota bomba Betong yang diterima Vincent kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia