Utusan Borneo (Sabah)

Kompaun RM1,000 terhadap individu ingkar PKP mulai semalam: Bukit Aman

Orang ramai diingatkan agar patuhi PKP dan sentiasa berada di dalam rumah

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengenakan kompaun sebanyak RM1,000 terhadap individu ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanak­an bagi mengekang penularan wabak COVID-19 bermula semalam.

Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata mereka yang dikenakan kompauan perlu membuat pembayaran di Pejabat Kementeria­n Kesihatan dalam tempoh dua minggu dari tarikh ia

“Mereka yang ingkar PKP akan dibawa ke balai polis terlebih dahulu sebelum diberikan kompaun dan sekiranya enggan membayar kompaun, mereka ” boleh meminta untuk dibicaraka­n.

dikeluarka­n.

Beliau berkata pihaknya telah mengeluark­an prosedur operasi standard (SOP) berhubung perkara berkenaan untuk rujukan pegawai dan anggota selain borang kompaun telah diedarkan ke semua kontinjen polis negeri.

“Mereka yang ingkar PKP akan dibawa ke balai polis terlebih dahulu sebelum diberikan kompaun dan sekiranya enggan membayar kompaun, mereka boleh meminta untuk dibicaraka­n,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini, semalam.

Beliau mengingatk­an orang ramai untuk mematuhi PKP dan sentiasa berada di dalam rumah masing-masing.

“Jumlah RM1,000 ini bukan satu nilai yang kecil, jadi janganlah ambil mudah perkara ini dan bantulah kami untuk putuskan rantaian COVID-19,” katanya.

Selain itu, beliau berkata pihaknya akan memeriksa setiap lori dan penghantar makanan di semua sekatan jalan raya susulan ada cubaan menyeludup barang terlarang seperti rokok.

“Dalam tempoh PKP, jenayah indeks di seluruh negara menunjukka­n penurunan sebanyak 67 peratus iaitu daripada 350 kes sehari kepada 116 kes,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata 66 warga PDRM disahkan positif COVID-19 manakala 1,225 lagi sedang menjalani kuarantin di kediaman masingmasi­ng.

“Mereka yang dikuaranti­n terdiri daripada 155 pegawai kanan, 654 pegawai rendah, 35 pegawai awam dan 381 ahli keluarga mereka,” katanya. — Bernama

Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia