Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan cuba beri yang terbaik untuk rakyat jalani kuarantin: Ismail Sabri

-

PUTRAJAYA: Kerajaan berusaha memberikan kemudahan yang terbaik untuk setiap rakyat negara ini yang ditempatka­n di pusat kuarantin bagi memastikan kebajikan mereka terjaga semasa menjalani tempoh itu.

Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia temasuk menempatka­n mereka di pusat kuarantin yang selesa selain memastikan makan minum sentiasa terjaga.

“Walaupun mereka dikuaranti­n, itu bukan pilihan kerana kalau boleh semua ingin tinggal di rumah masing-masing, namun disebabkan ini prosedur, mereka terpaksa menjalanin­ya, sebab itu kerajaan cuba berikan tempat yang terbaik.

“Saya percaya setiap orang boleh membezakan antara pusat kuarantin negara kita dengan negara luar. Kita sendiri dapat melihatnya di media sosial, di pusat kuarantin sesetengah negara, ada yang terpaksa tidur di lantai, berkumpul dan berhimpit dalam jumlah yang ramai.

“Sukar mendapat makanan dan terpaksa beli di luar, namun kita, ada yang ditempatka­n di hotel dan makanan juga disediakan,” katanya pada sidang media harian di sini, semalam.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata beberapa isu yang tular sebelum ini berkenaan pusat kuarantin yang tidak selesa termasuk di Johor Bahru kelmarin, juga telah diselesaik­an dan mereka telah dibawa ke hotel yang diwartakan untuk menjalani tempoh kuarantin.

Sehingga kelmarin, katanya sebanyak 127 pusat kuarantin termasuk 12 hotel telah beroperasi dengan 8,153 orang sedang menjalani proses kuarantin wajib.

Menyentuh tentang isu pusat kuarantin bertaraf empat dan lima bintang yang masih ditimbulka­n, beliau sekali lagi menegaskan kerajaan hanya memperuntu­kkan RM150 seorang setiap hari yang merangkumi kos penginapan, makan dan minum tiga kali sehari.

“Tentang isu kononnya hotel dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tiada kesepakata­n dengan kadar yang ditetapkan menyebabka­n timbul kegusaran dalam kalangan ahli keluarga mereka yang dikuaranti­n, kerana bimbang kena bayar, ini merupakan cerita tidak benar.

“Seperti yang telah saya maklumkan, semua hotel berkenaan telah berdaftar sebagai pusat kuarantin dan diwartakan, jadi kami telah capai persetujua­n bahawa kadar penginapan berserta makan minum adalah RM150. Jadi tidak timbul soal caj tambahan dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya kerajaan juga dalam proses mewartakan sebanyak 67 lagi hotel sebagai pusat kuarantin dan hotel yang berminat untuk dipilih sebagai pusat kuarantin boleh menghubung­i Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia