Utusan Borneo (Sabah)

COVID-19: Sepang, Kota Samarahan kini kategori zon merah COVID-19, kata KKM

-

KUALA LUMPUR: Dua lagi kawasan dikategori­kan sebagai zon merah COVID19, menjadikan jumlah keseluruha­n meningkat kepada 23 lokasi setakat ini, menurut Pusat Kesiapsiag­aan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementeria­n Kesihatan (KKM).

Berdasarka­n statistik yang dimuat naik di Twitter KKM semalam, lokasi terbaharu itu membabitka­n daerah Sepang, Selangor dengan 46 kes, serta Kota Samarahan, Sarawak, dengan 42 kes setakat jam 12 tengah hari kelmarin (7 April).

Daerah lain yang turut dikategori­kan sebagai zon merah adalah Cheras, Kepong, Lembah Pantai dan Titiwangsa (Kuala Lumpur); Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Klang (Selangor); Batu Pahat, Johor Bahru dan Kluang (Johor) serta Seremban dan Rembau (Negeri Sembilan).

Wilayah Persekutua­n Putrajaya;

Hilir Perak dan Kinta (Perak); Jasin (Melaka), Kota Bharu (Kelantan); Jerantut (Pahang); Tawau (Sabah); dan Kuching (Sarawak).

Sementara itu, Lembah Pantai mencatatka­n kawasan tertinggi positif COVID19 iaitu sebanyak 412 kes, manakala Hulu Langat dan Petaling masing-masing mencatat 345 dan 306 kes positif COVID-19.

Zon merah dikategori­kan bagi jumlah melebihi 41 kes, zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau tiada kes.

Setakat ini, Selangor masih mencatat bilangan kes paling tinggi positif COVID-19 iaitu sebanyak 1,020 kes, manakala Perlis kekal merekodkan kes terendah (17).

Dalam pada itu, Malaysia mencatatka­n penurunan kedudukan dalam senarai negara dijangkiti pandemik COVID-19 di dunia, apabila negara menghuni tangga ke30 kelmarin dengan 3,963 kes positif dan 63 kematian.

Berdasarka­n statistik itu, kedudukan terbaharu itu menunjukka­n perkembang­an positif berbanding kedudukan pada 6 April, iaitu di tangga ke-29.

Negara jiran, Filipina di tangga ke-34 (3,660 kes), Indonesia (2,491 kes) dan Thailand (2,258 kes) pula masing-masing berada di kedudukan ke-38 dan ke41, manakala Singapura (1,309) di tangga ke-54 senarai itu.

Sementara itu, Amerika Syarikat dengan 368,449 kes dan Sepanyol (136,675 kes) masing-masing berada di kedudukan teratas dengan jumlah paling ramai dan kedua dunia, diikuti Itali di kedudukan ketiga dengan 132,547 kes.

Jumlah keseluruha­n kes COVID-19 seluruh dunia dilaporkan sebanyak 1,351,011 kes, yang melibatkan 285,517 kes sembuh manakala 74,871 kematian. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia