Utusan Borneo (Sabah)

Taufan Harold robek bumbung rumah, banjiri Fiji

-

SUVA: Satu taufan Pasifik yang berbahaya membadai Fiji semalam, merobek bumbung rumah dan membanjiri bandar, selepas ia meninggalk­an kemusnahan di Solomon Islands dan Vanuatu.

Siklon Tropika Harold reda sedikit semalaman daripada kategori lima yang tertinggi kepada kategori empat, tetapi masih membadai Fiji dengan ribut selaju 240 kilometer sejam, kata pejabat kaji cuaca.

Jabatan kaji cuaca rasmi NaDraki berkata siklon itu berada di pesisir panti ke selatan pulau utama di Fiji, Viti Levu, tetapi melintas lebih dekat dengan darat berbanding apa yang dijangkaka­n pada awalnya.

Walaupun diturun taraf, ia berkata Harold masih “amat berjaya sekali” tatkala ia bergerak ke timur, seterusnya mengancam kerosakan selanjutny­a di Tonga pada awal ini (Khamis).

Imej dalam media sosial menunjukka­n kerosakan yang meluas di Nausori, tidak jauh di luar ibu kota Fiji, Suva, dengan atap zink yang ditanggalk­an oleh ribut kencang.

Lebuh utama di Ba, di utara pulau, ditenggela­mi air selepas sungai tempatan melimpahi tebingan.

“Hanya pihak berkuasa kecemasan sahaja dibenarkan melakukan perjalanan, semua warga Fiji harus duduk di rumah,” kata Perdana Menteri Frank Bainimaram­a.

“Terdapat beberapa laporan tentang ribut yang menerbangk­an puing dalam kawasan Suva. Ia boleh jadi berbahaya. Pastikan anda duduk di dalam rumah dan jauh daripada laluan bahaya.”

Pejabat Pengurusan Bencana Negara (NDMO) berkata penduduk di sepanjang pantai selatan, yang mempunyai banyak pusat pelanconga­n penting di negara itu, harus dikosongka­n.

Pengarah NDMO Vasiti Soko berkata 85 pusat evakuasi telah ditubuhkan dan pegawai cuba menjaga penjarakan sosial untuk memastikan COVID-19 tidak menular di kalangan mereka yang lari daripada siklon.

Fiji mempunyai 15 kes COVID-19, dan semua pesakit yang diketahui berada dalam kuarantin sebelum siklon melanda.

Harold meragut 27 nyawa di Solomon Islands pada minggu lepas, dan kelmarin melanda Vanuatu, seterusnya memusnahka­n kebanyakan tempat di bandar kedua terbesar di negara itu, Luganville.

Pengarah World Vision di Vanuatu, Kendra Gates Derousseau, berkata satu tinjauan dari udara yang dibuat oleh pegawai bencana lewat kelmarin menunjukka­n bandar Melsisi di Pulau Pentecost juga telah musnah.

“Kami pernah menjalanka­n beberapa program di sana pada masa lalu, jadi saya dapat mengecam mercu tanda – anda dapat lihat 90 peratus bangunan telah ranap,” katanya kepada AFP.

Sempadan antarabang­sa Vanuatu kini tutup dalam usaha negara Pasifik yang mundur itu untuk mengekalka­n status sebagai sebuah daripada beberapa tempat di dunia tanpa sebarang kes COVID-19 yang disahkan.

Kerajaan sudah menarik balik larangan perjalanan domestik yang dilaksanak­an sebagai sebahagian daripada tindakan menangani virus, untuk membolehka­n bantuan bencana mengalir dari Port Vila ke pulau-pulau paling teruk dilanda taufan di utara.

New Zealand menghantar sebuah pesawat P-3 Orion untuk membantu dengan penilaian kerosakan dan memperuntu­kkan dana bantuan bernilai NZ$500,000 (RM1.4 juta) untuk bekalan barangan keperluan asas.

Menteri Luar Winston Peters berkata Wellington akan memberi bantuan selanjutny­a jika dipinta oleh Vanuatu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia