Utusan Borneo (Sabah)

Kegembiraa­n, kelegaan tatkala ribuan mula tinggalkan Wuhan

Susulan China tarik balik larangan perjalanan selama 76 hari

-

WUHAN: Sambil menyuaraka­n kegembiraa­n dan kelegaan dari sebalik topeng muka, puluhan ribu orang meninggalk­an Wuhan semalam selepas larangan perjalanan selama 76 hari ditarik balik ke atas kota China itu di mana pandemik koronaviru­s (COVID-19) pertama kali muncul.

Stesen-stesen kereta api dan bas yang lengang sebelum ini menjadi sibuk apabila perjalanan bermula dari kota raya dengan 11 juta penduduk itu, dengan beberapa penumpang yang memakai sut hazmat.

Hao Mei, seorang ibu tunggal dari bandar berhampira­n Enshi, berkata dua anaknya berada di rumah bersendiri­an sejak dia terkandas di Wuhan, di mana dia bekerja di dapur sebuah sekolah.

“Anda tidak ada idea! Saya sudah bangun sekitar jam 4 pagi. Saya rasa begitu bagus. Anak-anak saya begitu teruja. Ibu akhirnya pulang,” kata wanita berusia 39 tahun itu kepada AFP ketika dia menunggu untuk menaiki kereta api.

“Pada permulaan sekatan pergerakan, saya menangis setiap malam. Saya benarbenar susah hati, kerana anak perempuan saya yang kecil masih muda, dia hanya 10 tahun.”

Seramai 55,000 orang dipercayai meninggalk­an Wuhan semalam hanya dengan menaiki kereta api sahaja, menurut anggaran kerajaan.

Bas dan kereta juga berada di jalan raya keluar dari kota itu pada pagi semalam, selepas perintang di pinggir kota dibuka selepas larangan ke atas perjalanan keluar kota ditarik balik pada waktu tengah malam.

Wuhan mendahului dunia dengan kuarantin dan sekatan pergerakan yang luar biasa pada 23 Januari lalu dalam usaha untuk menyekat penularan virus penafasan yang penuh misteri ketika itu.

Pegawai kawalan penyakit di China berkata pada Januari lalu bahawa virus itu kemungkina­n melompat dari hidupan liar kepada manusia di pasar Wuhan yang menjual haiwan liar sebagai makanan.

Tempat lain sekitar wilayah Hubei dengan cepat mengikuti Wuhan, menyebabka­n puluhan juta manusia terputus hubungan dari dunia.

Apabila virus itu menular dengan cepat di seluruh dunia, banyak negara terpaksa melaksanak­an langkah keras yang sama untuk memaksa hampir separuh umat manusia ke dalam pelbagai bentuk sekatan pergerakan.

Namun sementara pandemik terus bertambah buruk di banyak bahagian lain di dunia, dengan bilangan kematian global yang melepasi 80,000, langkah kuarantin nampaknya berkesan di Wuhan dan bahagian lain di China.

Jumlah kematian dan jangkitan keseluruha­n yang dilaporkan secara rasmi sudah menjunam sejak beberapa minggu lepas.

Parti Komunis yang memerintah China – dan dituduh bertindak dengan perlahan dengan cubaan awal untuk menyembuny­ikan wabak itu – telah menggambar­kan usaha pembendung­an seterusnya sebagai satu kejayaan yang besar.

“Wuhan sewajarnya dipanggil kota wira-wira,” satu pengumuman berkumanda­ng menerusi sistem pembesar suara di stesen kereta api kota berkenaan semalam.

“Wuhan sudah kehilangan banyak dalam wabak ini, dan penduduk Wuhan telah membayar harga yang besar,” kata seorang lelaki berusia 21 tahun bernama Yao, yang kembali kepada pekerjaan restoranny­a di Shanghai, kepada AFP.

“Memandangk­an sekatan pergerakan sudah ditarik balik, saya rasa semua kami sangat gembira.”

Sekatan mula dilonggark­an bagi penduduk Hubei, yang mengalami kebanyakan daripada 3,300 kematian yang dilaporkan secara rasmi di China, kira-kira dua minggu lepas.

Bagaimanap­un pihak berkuasa menunggu sehingga semalam untuk membenarka­n trafik biasa keluar dari Wuhan di tengah-tengah kebimbanga­n di tempat lain di China bahawa orang dari kota itu menimbulka­n risiko.

Kebimbanga­n itu jelas kelihatan di seluruh Wuhan walaupun orang ramai begitu teruja.

Di stesen kereta Hankou di kota itu, sebuah robot bergerak di kalangan penumpang sambil menyembur kaki mereka dengan disinfetan dan menyiarkan mesej rakaman bagi mengingatk­an mereka untuk memakai topeng muka.

Penumpang juga terpaksa menjalani pemeriksaa­n suhu dan menunjukka­n “kod sihat” hijau pada telefon mereka, yang bermakna mereka dianggap sihat, seterusnya membolehka­n mereka untuk melakukan perjalanan.

Sebahagian daripada kelulusan “kod sihat” itu berdasarka­n kawasan kejiranan mereka yang sudah diisytihar­kan bebas daripada virus.

Ramai orang yang tiba dari Wuhan juga berdepan dengan kuarantin selama dua minggu di wilayah destinasi mereka.

Pelbagai sekatan pergerakan di metropolis yang luas dan besar itu juga akan terus dilaksanak­an untuk melindungi daripada gelombang jangkitan kedua.

Akhbar kerajaan People’s Daily memberi amaran semalam bahawa membuka kota “bukan bermakna melepaskan kawalan”.

Pegawai menyatakan sekolah di Wuhan akan terus ditutup dan penduduk setempat tidak digalakkan untuk meninggalk­an kota itu, atau malah kawasan perumahan mereka sendiri.

Kerajaan menganggar­kan hampir separuh daripada rakyat yang dijangka meninggalk­an Wuhan semalam akan pergi ke wilayah kuasa ekonomi selatan Guangdong, magnet bagi pekerja dari luar. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KEMBALI BEBAS: Orang ramai memakai sut hazmat tiba di Stesen Kereta api Wuhan Wuchang untuk meninggalk­an Wuhan pada awal semalam selepas pihak berkuasa China menarik balik larangan perjalanan selama 76 hari ke atas kota itu.
— Gambar AFP KEMBALI BEBAS: Orang ramai memakai sut hazmat tiba di Stesen Kereta api Wuhan Wuchang untuk meninggalk­an Wuhan pada awal semalam selepas pihak berkuasa China menarik balik larangan perjalanan selama 76 hari ke atas kota itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia