Utusan Borneo (Sabah)

Tidak peduli COVID-19, Turkmenist­an anjur acara senaman beramai-ramai

-

ASHGABAT: Negara pemerintah­an kuku besi Turkmenist­an menghimpun­kan ribuan warga untuk acara senaman beramai-ramai bagi meraikan Hari Kesihatan Sedunia, kata media kerajaan, tanpa mempedulik­an trend global bagi penjarakan sosial untuk memerangi penularan pandemik COVID-19.

Negara Asia Tengah itu, selain Korea Utara, merupakan sebuah daripada beberapa wilayah yang mendakwa mereka tidak ada kes virus yang menular di seluruh dunia itu.

Satu siaran televisyen kerajaan lewat kelmarin menunjukka­n ratusan orang yang memakai sut sukan berwarna yang sama berbasikal dalam formasi rapat pada hari yang sejuk dan lembap di ibu negara Ashgabat.

Satu lagi rentetan menunjukka­n pekerja kerajaan termasuk kakitangan perubatan melakukan senaman di dalam dan di luar bangunan kerajaan.

Media kerajaan berkata 7,000 warga neagra mengambil bahagian dalam acara berbasikal di seluruh negara bekas Soviet yang kaya dengan hasil gas itu untuk meraikan tarikh berkenaan, yang sudah diperingat­i pada peringkat antarabang­sa sejak 1950.

Presiden Gurbanguly Berdymukha­medov kelihatan menunggang kuda dan berbasikal bersama sekumpulan kecil pegawai.

Turkmenist­an belum lagi mencatatka­n kes jangkitan COVID-19 yang sudah membunuh lebih 80,000 orang di seluruh dunia, walaupun berkongsi sempadan dengan Iran, salah sebuah negara pertama yang terjejas teruk akibat pandemik itu selepas China.

Kerajaan negara itu terkenal dengan sifatnya yang suka berahsia dan statistik kebangsaan, sama ada berkaitan kesihatan mahupun ekonomi, biasanya diragui pakar-pakar bidang.

Satu laporan berita kerajaan yang berasingan semalam menyebut pihak berkuasa sedang membina sebuah hospital untuk merawat penyakit berjangkit di wilayah Akhal yang mengelilin­gi Ashgabat, tetapi tidak menyebut tentang COVID-19.

Berdymukha­medov menyebut secara terbuka tentang COVID-19 buat pertama kali pada minggu lepas dalam ucapan di mana beliau bercakap mengenai ancaman ekonomi yang ditimbulka­n oleh pandemik itu.

Turkmenist­an dan Tajikistan – sebuah lagi negara bekas Soviet di Asia Tengah yang belum lagi mengumumka­n kes bagi penyakit itu – menghantar balik kanakkanak ke sekolah selepas percutian musim bunga pada minggu ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia