Utusan Borneo (Sabah)

Trump tuduh WHO memihak kepada China, ugut potong pembiayaan

-

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kelmarin mengugut untuk memotong pembiayaan AS kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang beliau tuduh memihak kepada China, di mana pihak berkuasa menarik balik larangan perjalanan selama dua setengah bulan ke atas Wuhan, kota yang melahirkan pandemik COVID-19.

Ketika AS mengalami hampir 2,000 kematian dalam tempoh 24 jam, China pula melaporkan tiada kematian baharu buat pertama kali sejak wabak itu bermula di Wuhan pada hujung Disember lalu.

Sementara itu Perdana Menteri Britain Boris Johnson masih dalam keadaan stabil di unit rawatan rapi di sebuah hospital London, selepas dimasukkan Isnin lepas, 10 hari selepas beliau didiagnos dengan virus itu.

Jurucakapn­ya berkata pemimpin Konservati­f berusia 55 tahun itu “bersemanga­t”, menerima “rawatan oksigen standard” dan tidak memerlukan ventilator.

Kemasukan seorang pemimpin dunia berprofil tinggi ke hospital menggarisk­an jangkauan global COVID19, yang telah meletakkan lebih empat bilion manusia – lebih separuh planet – dalam pelbagai sekatan pergerakan, menterbali­kkan masyarakat dan menjejaska­n ekonomi dengan teruk di seluruh dunia.

Di tengah-tengah amaran bahawa keadaan lebih buruk belum lagi berlaku, bilangan kematian meningkat akibat virus itu yang kini sudah meragut lebih 82,000 nyawa dan menjangkit­i lebih 1.4 juta orang di seluruh dunia.

Di Washington, Trump memberitah­u pemberita, beliau “akan meletakkan cengkaman yang sangat kuat” ke atas pembiayaan kepada WHO, badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menerima sumbangan bantuan terbesar dari AS, selepas menuduhnya “sangat berat sebelah kepada China”.

“Mereka berkata ia salah,” katanya mengenai satu amaran perjalanan WHO ke atas China. “Mereka dapat berkata begitu beberapa bulan lebih awal.”

Trump tidak memberi sebarang maklumat mengenai berapa banyak wang yang akan ditahannya dan beberapa minit kemudian beliau berkata beliau hanya akan “menimbang untuk menamatkan pembiayaan”.

China berdepan dengan kritikan berhubung cara ia menangani wabak virus itu pada mulanya dan Trump serta yang lain telah menyuaraka­n keraguan mengenai statistik China bagi kes dan kematian.

Trump sendiri telah dikritik dengan meluas kerana pada mulanya menepis virus itu, yang beliau samakan dengan selsema biasa sebelum kemudian menerima bahawa ia adalah darurat kebangsaan.

Lebih 12,800 warga Amerika kini sudah mati akibat COVID-19, menurut Universiti Johns Hopkins, dan dengan hampir 400,000 kes, negara itu mempunyai jumlah yang tertinggi di dunia.

Seramai 1,939 orang mati di AS dalam tempoh 24 jam sehingga petang kelmarin.

Britain melaporkan 786 kematian baharu dan negeri New York menyaksika­n 731 dalam tempoh 24 jam, selepas Sepanyol, Perancis dan Itali semua merekodkan peningkata­n kematian baharu.

Penyelidik­an baharu menunjukka­n keadaan di Britain berada pada trajektori yang lebih curam berbanding negara lain dan meramalkan sebanyak 66,000 kematian pada Julai nanti, jauh lebih banyak berbanding di Itali, yang mencatatka­n jumlah kematian paling tinggi setakat ini pada 17,127.

Paris kelmarin melarang orang joging pada waktu siang untuk memastikan orang ramai tidak melanggar peraturan sekatan pergerakan antiCOVID-19 selepas Perancis mencatatka­n lebih 10,000 kematian.

Namun statistik memberi sinar harapan.

Sepanyol berkata trend yang menurun di sana dalam jangkitan baharu dan kematian masih terus menurun dan peningkata­n kematian pada Isnin dan kelmarin adalah kerana penjumlaha­n kematian pada hujung minggu lepas.

Parlimen Iran bersidang buat pertama kali sejak hujung Februari lalu selepas negara itu melaporkan penurunan jangkitan baharu buat hari ketujuh berturut-turut.

Di New York, pusat tumpuan utama wabak di AS, Gabenor Andrew Cuomo berkata negeri itu dipercayai semakin menghampir­i puncak pandemik di sana tetapi menggesa warga New York untuk terus duduk dalam rumah.

“Saya tahu ia susah tetapi kita mesti terus melakukann­ya,” katanya.

Seorang pengarah pusat pengebumia­n di Kota New York, Pat Marmo, berkata dia menangani jumlah mayat yang tiga kali lebih banyak daripada biasa.

“Ia hampir seperti 9/11, yang berlaku hari demi hari,” katanya.

Walaupun arahan duduk di rumah dikeluarka­n, pengundi di sebuah lagi negeri di AS, Wisconsin, membuang undi dalam pemilihan calon presiden Demokrat dan pilihan raya tempatan.

Akhbar The Milwaukee Journal-Sentinel menunjukka­n seorang wanita yang memakai topeng muka berbaris untuk mengundi sambil membawa poster yang tertera kata-kata: ““THIS IS RIDICULOUS.”

Pertubuhan Buruh Antarabang­sa PBB berkata 81 peratus tenaga kerja global seramai 3.3 bilion orang kini terjejas disebabkan oleh “krisis global terburuk sejak Perang Dunia Kedua”.

Jepun, yang mengisytih­arkan keadaan darurat selama sebulan kelmarin, menjanjika­n pakej rangsangan bernilai AS$1 trilion (RM5 trilion) dan Trump berkata beliau menyokong satu lagi program perbelanja­an besar-besaran di AS, kali ini menyasari projek infrastruk­tur. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia