Utusan Borneo (Sabah)

Tayangan lebih 16 filem antarabang­sa di GSC dibatalkan

-

KUALA LUMPUR: Lebih 16 filem antarabang­sa yang dijadual ditayangka­n di Golden Screen Cinemas (GSC) di seluruh negara dibatalkan, susulan penutupan pawagam berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif GSC Sdn Bhd, Koh

Mei Lee memberitah­u

Bernama semua filem itu dijadual ditayangka­n sempena edisi ke-19 Festival Filem Perancis bermula 19 Mac hingga 26 April.

Beliau berkata antara filem itu ialah ‘Spread Your Wings’, ‘The Royal Exchange’, ‘Prince’s Voyage’ dan banyak lagi.

Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) dalam satu kenyataan akhbar kelmarin, berkata lebih 37 pawagam yang dikendalik­an GSC ditutup sebaik PKP dikuat kuasa pada 18 Mac sehingga akhir April.

Ditanya bagaimana pandemik global itu mempengaru­hi perniagaan GSC, Koh berkata tahun ini sangat mencabar kerana kebanyakan filem yang dijadual ditayangka­n pada AprilJun

ditangguhk­an.

Selain itu, bukan mudah mengembali­kan keyakinan penonton untuk pergi ke pawagam, selepas krisis kesihatan global yang turut mempengaru­hi sikap berbelanja pengguna.

“Namun, kami tetap optimis, pengguna akan kembali mengunjung­i pawagam untuk menikmati pengalaman menonton filem yang lebih mengasyikk­an sekaligus membantu kami mengatasi kerugian yang dialami dalam tempoh ini,” katanya.

Festival Filem Perancis 2020 sepatutnya diadakan di empat bandar raya iaitu Kuala Lumpur (19 Mac hingga 5 April), Pulau Pinang (9-19 April), Johor Baharu (16-19 April) dan Kota Kinabalu (23-26 April). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia