Utusan Borneo (Sabah)

RM22.66 juta diterima bagi Tabung COVID-19 hingga Selasa: Ismail Sabri

Daripada jumlah itu, RM5.68 juta disalur kepada YKN untuk beli keperluan pihak terjejas

-

PUTRAJAYA: Sejumlah RM22.66 juta sumbangan wang tunai diterima melalui Tabung COVID-19 setakat kelmarin, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau, yang juga Menteri Pertahanan, berkata daripada jumlah itu, RM5.68 juta telah disalur kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bagi fasa pertama pembelian bantuan keperluan harian kepada mereka yang terjejas, terutama bagi mereka di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat

“Kita harap mereka daftar dan laporkan kepada Kementeria­n Kewangan supaya pengecuali­an cukai dapat mereka ” nikmati. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n)

(PKPD)

“Bagi fasa kedua, RM9.06 juta diperuntuk­kan, yang akan disalur ke Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan YKN untuk tingkat kemampuan pengagihan bantuan ini,” katanya pada sidang media hariannya di sini, semalam.

Selain tabung rasmi COVID-19

yang diwujudkan kerajaan, Ismail Sabri berkata terdapat juga tabung lain yang diwujudkan atas inisiatif dan keprihatin­an rakyat Malaysia bagi membantu golongan memerlukan.

Justeru, katanya kerajaan mencadangk­an supaya setiap tabung berkenaan didaftarka­n dengan Kementeria­n Kewangan bagi membolehka­n penyumbang diberikan insentif pengecuali­an cukai.

“Ramai rakyat Malaysia yang prihatin kepada mereka yang memerlukan bantuan termasuk memberikan sumbangan penutup mulut dan hidung, PPE (peralatan perlindung­an diri) dan berbagai lagi… oleh itu banyak tabung yang telah diwujudkan.

“Kita harap mereka daftar dan laporkan kepada Kementeria­n Kewangan supaya pengecuali­an cukai dapat mereka nikmati,” katanya.

Ismail Sabri turut menzahirka­n penghargaa­n dan ucapan terima kasih kepada semua pihak atas inisiatif mewujudkan tabung-tabung berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia