Utusan Borneo (Sabah)

Penghuni kongsi pengalaman kuarantin di hotel, institut latihan

-

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari luar negara dan dikuaranti­n bagi membendung penularan wabak COVID19 berpuas hati dengan kemudahan kuarantin yang selesa serta lengkap dengan keperluan asas.

Pemandu pelancong, Edwin Yeoh, 36, berkata beliau terkejut apabila diberitahu akan dibawa ke sebuah hotel lima bintang untuk dikuaranti­nkan sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dari Mexico pada Ahad lepas.

“Sebaik tiba di pintu imigresen, kami dikehendak­i mengisi borang pengisytih­aran kesihatan selain turut diperiksa suhu badan, keadaan di sana (lapangan terbang) dikawal ketat oleh polis, tentera dan pegawai imigresen dengan penjagaan jarak sosial.

“Selepas itu, kami diberitahu akan dihantar secara berkumpula­n ke sebuah hotel lima bintang dengan sebuah bas untuk menjalani kuarantin 14 hari. Bas yang saya naiki membawa kirakira 28 orang.

“Meskipun sudah bersedia untuk dikuaranti­nkan, namun tidak menyangka kami akan menginap di hotel dan diberi bilik sendiri, selain dibekalkan dengan air mineral, barang keperluan mandian dan makan tiga kali sehari,” katanya kepada Bernama.

Yeoh dan rakyat Malaysia yang menginap di sebuah hotel di Subang Jaya, sepanjang proses kuarantin, tidak dibenarkan keluar dari bilik dan makanan akan disediakan oleh pihak hotel dengan diletakkan di luar pintu.

“Kami juga tidak dibenarkan mendapatka­n ‘food delivery’ manakala perkhidmat­an dobi dan ‘room service’ kami ditanggung sendiri dan setiap hari akan ada pegawai jabatan kesihatan akan menghubung­i kami untuk ‘update’ keadaan kesihatan kita.

“Hal ini kerana pada hari pertama selepas ‘check in’ hotel, semua penghuni perlu menjalani pemeriksaa­n COVID-19 oleh pegawai kesihatan dan jika ada dalam kalangan kami didapati positif, mereka akan dibawa terus ke hospital,” katanya.

Secara keseluruha­n, beliau sangat berpuas hati akan kemudahan yang disediakan kerajaan dan keadaan kesihatan diri kini sangat baik.

“Kami difahamkan sepanjang tempoh kuarantin juga, tiada perkhidmat­an ‘housekeepi­ng’ dan setelah ‘check out’, bilik kami akan dinyah cemar oleh pihak KKM,” katanya.

Sementara itu, penuntut Malaysia di Indonesia yang hanya mahu dikenali sebagai Pavithamuh­an, 22, berkata beliau menghargai bantuan pegawai Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) sepanjang proses kuarantin di Institut Aminudin Baki Nilai, Negeri Sembilan.

Beliau menerusi ciapan Twitter berkata beliau sering menghadiah­kan nota ucapan terima kasih kepada kakitangan yang menghantar makanan dan mengutip sampah di hadapan biliknya.

“Kemudahan kuarantin ini diuruskan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan NADMA. Mereka semua layak menerima penghargaa­n yang begitu tinggi,” katanya.

Sementara itu, Naib Pengerusi Dorsett Hospitalit­y Internatio­nal Datin Jasmine Abdullah Heng berkata pihaknya mempunyai lima hotel yang dijadikan sebagai pusat kuarantin dengan lebih 1,000 bilik kepada rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara.

“Di Dorsett Grand Subang misalnya, kami membekalka­n kira-kira 290 bilik kepada penghuni kuarantin, pegawai KKM serta penguat kuasa yang menjaga mereka sepanjang tempoh kuarantin itu,” katanya.

Beliau berkata sepanjang tempoh 14 hari kuarantin, pihaknya tidak dibenarkan memberi penginapan kepada penginap luar bagi keselamata­n penghuni sepanjang tempoh kuarantin itu.

“Kami diberi tempoh ‘buffering’ selepas tamat tempoh kuarantin iaitu dua hingga tiga hari untuk menjalanka­n proses nyah cemar bagi memastikan hotel betul-betul bersih dan bebas daripada kuman sebelum dibuka semula kepada orang ramai.

“Walaupun ketika penularan wabak COVID-19, industri hotel dilihat tidak stabil disebabkan kekurangan pelancong namun dengan usaha kerajaan menjadikan hotel sebagai pusat kuarantin, ia sedikit sebanyak dapat melegakan kami,” katanya yang juga Ahli Lembaga Persatuan Hotel Malaysia.

Ahad lepas, kerajaan mengisytih­arkan 63 premis tambahan milik institusi, sektor awam dan hotel bertaraf lima bintang, sebagai stesen kuarantin, selaras Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia