Utusan Borneo (Sabah)

Perintah: FAMA Kedah catat nilai jualan lebih RM2.47 juta sepanjang PKP

-

SUNGAI PETANI: Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa susulan penularan COVID-19, empat Pasar Tani Kekal (PTK) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) di negeri ini, berjaya mencatatka­n nilai jualan lebih RM2.47 juta, bermula 18 Mac lalu sehingga kelmarin.

Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian dan Asas Tani, Pengangkut­an dan Industri Utama Kedah Azman Nasrudin berkata, keadaan itu sekali gus memberi gambaran bahawa, semua PTK itu telah memberi manfaat kepada seramai 124 peniaga kecil, yang menjalanka­n peniagaan di situ.

“PTK Guar Chempedak mencatatka­n jumlah nilai jualan sebanyak

RM1.25 juta, PTK Changlun (RM943,730), PTK Kuala Kedah (RM201,678) dan PTK Kulim (RM81,406).

“Ini tidak termasuk dengan jualan penghantar­an tempahan sebanyak RM136,865 atau 5.52 peratus, daripada keseluruha­n nilai jualan,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Pasar Segar Terkawal (PST), yang beroperasi di Pusat Operasi FAMA Sungai Petani di sini, semalam.

Dalam pada itu Azman berkata, setakat ini FAMA Kedah juga telah membantu seramai 73 petani untuk memasarkan hasil pertanian mereka, bagi mengelakka­n berlaku lambakan hasil dalam tempoh PKP berlangsun­g.

“Ini antara usaha FAMA bagi membantu golongan peniaga, petani, dan pengguna, dalam keadaan PKP sekarang. Langkah ini juga sebagai salah satu usaha untuk memastikan bekalan makanan mencukupi dan orang ramai tidak perlu panik,” katanya.

Mengenai PST, Azman berkata setakat ini ia telah beroperasi di tiga lokasi, iaitu di Pusat Operasi FAMA Alor Setar, Sungai Petani dan Langkawi.

Pusat jualan segar terkawal itu beroperasi sementara sehingga tamat tempoh PKP, sebagai menambah pilihan kepada orang ramai membeli barangan keperluan, pada masa ini.

“FAMA Kedah juga merancang untuk membuka PST ini di Baling, Padang Terap dan Pendang, sekiranya tempoh PKP ini dilanjutka­n lagi,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PATUH: Orang ramai berbaris membeli barangan keperluan pada pelancaran Pasar Segar Terkawal di pusat operasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Sungai Petani semalam. Pasar segar di Sungai Petani beroperasi empat hari seminggu sepanjang tempoh penguatkua­saan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac lepas.
— Gambar Bernama PATUH: Orang ramai berbaris membeli barangan keperluan pada pelancaran Pasar Segar Terkawal di pusat operasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Sungai Petani semalam. Pasar segar di Sungai Petani beroperasi empat hari seminggu sepanjang tempoh penguatkua­saan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia