Utusan Borneo (Sabah)

Hina Agong: Pemandu ehailing tidak mengaku salah

-

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu perkhidmat­an ehailing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas lapan pertuduhan membuat dan menghantar komunikasi jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di laman sosial Twitter, bulan lepas.

Sufazrin Amin Ismail, 26, selaku Orang Kena Saman (OKS), membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapny­a dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid.

Mengikut pertuduhan pertama hingga kelapan, Sufazrin didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantar­an komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menganiaya­i orang lain, melalui aplikasi Twitter menggunaka­n nama profil ‘Fazrin Ismail’ atau ‘@Fazr_Ismail’.

Dia dituduh membuat lapan hantaran dengan penyataan yang berbeza terhadap Yang di-Pertuan Agong antara jam 9.58 pagi dan 10.29 malam pada 23 Mac dan 25 Mac lepas.

Kesemua pautan itu kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Wangsa Maju, di sini, pada jam 7 malam, 28 Mac lepas.

Pertuduhan dikemukaka­n mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutny­a RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Shahrizzat Amadan menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin, bagaimanap­un, Sufazrin yang tidak diwakili peguam, merayu jaminan dikurangka­n dengan alasan dia menanggung keluarga.

Mahkamah membenarka­n tertuduhdi­ikatjaminR­M2,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh tidak boleh memuat naik hantarain lain di laman sosial.

Mahkamah kemudian menetapkan 12 Mei ini untuk sebutan semula kes. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? NYAH CEMAR:
Anggota bomba melakukan operasi nyah cemar bagi mengekang penularan COVID-19 di sekitar Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman semalam.
— Gambar Bernama NYAH CEMAR: Anggota bomba melakukan operasi nyah cemar bagi mengekang penularan COVID-19 di sekitar Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia