Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat Malaysia sumbang lebih RM300,000 kepada tabung COVID-19 Boost

-

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia telah menyumbang lebih RM300,000 kepada Tabung COVID-19 oleh Boost untuk membantu petugas barisan hadapan memerangi pandemik COVID-19.

Boost, subsidiari Axiata Digital Services dan sebahagian daripada Axiata Group Bhd melancarka­n sumbangan itu sebagai antara pengisian kempen #BoostGotYo­u.

Dalam kenyataan semalam Boost berkata sebahagian besar daripada sumbangan itu telah disalurkan kepada dana khas COVID-19 Kementeria­n Kesihatan untuk pembelian kelengkapa­n perubatan, ubat-ubatan, reagen, barangan pakai buang dan keperluan perubatan yang lain seperti peralatan perlindung­an diri (PPE) untuk petugas-petugas kesihatan.

Menurutnya, rakyat Malaysia boleh terus menyumbang kepada ‘Tabung COVID-19 by Boost’ secara terus di aplikasi ‘Tabung COVID-19’ pada skrin utama Boost dan memasukkan jumlah yang ingin didermakan.

Pengguna juga boleh memberikan sumbangan menggunaka­n ‘Boost Coins’, katanya.

“Untuk berbuat demikian, lihat tab ‘Profile,’ tekan ‘Browse Rewards’ dan pilih Browse Rewards.’ Kemudian buat pilihan yang disediakan untuk mengesahka­n sumbangan.

“Selain itu, sumbangan juga boleh dibuat menerusi profil Instagram rasmi Boost @ myboostapp,” kata Boost.

‘Tabung COVID-19 by Boost’ adalah satu daripada lima inisiatif di bawah kempen #BoostGotYo­u.

Di bawah kempen ini, rakyat Malaysia mempunyai akses mudah kepada keperluan harian mereka seperti memesan makanan dan barangan runcit, membayar bil dan menambah nilai prabayar telefon bimbit, mendapatka­n hiburan serta manfaat perlindung­an diri menerusi insurans COVID19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia