Utusan Borneo (Sabah)

Pendapatan berkurang, BPN rezeki buat nelayan

-

LUMUT: Pemberhent­ian belian secara besar-besaran hasil laut terutama oleh pemborong dan juga pengusaha premis makanan berikutan Perintah Kawalan Pergerakka­n (PKP) ternyata memberi kesan kepada pendapatan nelayan.

Walaupun mereka dibenarkan menjalanka­n aktiviti menangkap ikan sepanjang PKP, namun hasil yang diperoleh merosot sehingga 50 peratus memandangk­an tangkapan yang dianggap sebagai ‘bernilai’ kini kurang mendapat permintaan.

Justeru, Bantuan Prihatin Nasional (BPN) menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang disalurkan secara berperingk­at sejak Isnin lalu memberi kelegaan dan disifatkan sebagai rezeki yang sangat dinanti-nantikan oleh golongan nelayan yang kebanyakan­nya dalam kelompok B40.

Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pangkor, Rasdi Ibrahim, berkata bantuan seperti bayaran RM1,600 untuk golongan B40 yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH), sedikit sebanyak meringanka­n beban dan kekusutan hati nelayan susulan pemborong dan peraih bukan sahaja mengurangk­an kuantiti pembelian, tetapi membeli ikan dengan harga jauh lebih murah.

“Dalam situasi ini, ikan ‘rakyat’ seperti ikan kembung, ikan sardin dan cencaru memang mendapat permintaan, tetapi ikan seperti ikan merah, jenahak dan pari kurang sedikit kerana harganya agak mahal iaitu sekurang-kurangnya RM30 sekilogram,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Selain itu, Rasdi turut menasihati nelayan supaya menggunaka­n wang BPN sebaik-baiknya dengan hanya berbelanja barangan keperluan keluarga kerana penularan wabak COVID-19 memungkink­an banyak situasi luar jangka.

Bagi nelayan Mat Rizal Abdullah, 39, bantuan BPN itu sudah tentu sangat diperlukan berikutan pendapatan­nya yang semakin berkuranga­n selepas kebanyakan peniaga tidak dapat berniaga.

“Memang pendapatan kami terjejas sejak PKP ini, runsing fikirkan macam mana nak hidup, sara keluarga. Tapi syukur sangat-sangat ada bantuan ini,” katanya.

Selain itu, Mat Rizal juga bersyukur kerana diskaun 15 hingga 50 peratus ke atas bil elektrik mengikut kadar penggunaan juga sedikit sebanyak mengurangk­an bebannya walaupun mengakui bil bulannya tidaklah tinggi.

“Orang kata lebih baik ada daripada tiada, mana-mana yang boleh bantu rakyat susah memang dialu-alukan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia