Utusan Borneo (Sabah)

Tiada majlis berbuka puasa dan solat terawih Sultan Selangor bersama rakyat tahun ini

-

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah menitahkan majlis berbuka puasa dan solat terawih bersama rakyat yang menjadi tradisi baginda di masjid seluruh negeri pada Ramadan tidak dianjurkan tahun ini.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, dalam kenyataan semalam, berkata baginda dengan berat hati memutuskan sedemikian setelah mengambil kira faktor keselamata­n rakyat susulan penularan wabak COVID-19 yang belum dapat dibendung sepenuhnya.

“Telah menjadi tradisi Sultan Selangor pada setiap bulan Ramadan baginda akan mengadakan majlis berbuka puasa bersama rakyat di semua daerah di negeri dan menyampaik­an sumbangan Hari Raya daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada asnaf dan fakir miskin.

“Namun pada bulan Ramadan tahun ini, Sultan Selangor dengan berat hati telah memutuskan untuk tidak mengadakan majlis berbuka puasa dan solat terawih bersama rakyat di masjid di seluruh negeri ini,” katanya.

Bagaimanap­un, kata beliau, sumbangan duit raya dan agihan zakat kepada asnaf serta golongan memerlukan seperti yang disampaika­n pada majlis berbuka puasa sebelum ini tetap akan disalurkan.

LZS akan mengagihka­n zakat dan bantuan Hari Raya berjumlah RM500 kepada setiap golongan berkenaan menerusi kaedah yang lebih selamat dan efisien iaitu secara pengkredit­an terus ke akaun bank penerima.

“Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, LZS akan memberikan baucar tunai untuk dikeluarka­n di mana-mana cawangan Bank Islam,” katanya.

Mohamad Munir berkata Sultan Sharafuddi­n turut menasihatk­an umat Islam supaya menyambut bulan Ramadan tahun ini dengan menumpukan sepenuhnya kepada amal ibadah selain sentiasa berwaspada serta mematuhi panduan dan arahan terkini dikeluarka­n kerajaan dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia