Utusan Borneo (Sabah)

Mesyuarat khas isu kekeluarga­an diselaras, elak pertindiha­n perkhidmat­an

-

PUTRAJAYA: Mesyuarat khas bagi menangani isu kekeluarga­an, sosial dan komuniti sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diadakan kelmarin bagi menyelaras peranan setiap kementeria­n berkaitan agar dapat mengurangk­an pertindiha­n perkhidmat­an dan memperluas capaian perkhidmat­an.

Mesyuarat khas berkenaan dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Menurut Zulkifli, portfolio di bawah menteri terbabit mempunyai kelebihan tersendiri masing-masing dalam bidang kaunseling, bimbingan kerohanian dan nasihat perundanga­n berkaitan rumah tangga.

“Mesyuarat bersetuju untuk meneliti bidang kerjasama bagi memperkasa­kan perkhidmat­an dalam talian mengikut ‘niche area’ masing-masing untuk manfaat rakyat Malaysia sepanjang PKP,” katanya dalam satu kenyataan semalam berhubung mesyuarat berkenaan.

Beliau berkata mesyuarat khas itu diadakan bertujuan menyahut seruan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ingin memastikan tidak ada rakyat Malaysia yang tercicir daripada mendapat perkhidmat­an yang sewajarnya dalam hal berkaitan kekeluarga­an, sosial dan komuniti.

Menurut Zulkifli, satu pelan strategik yang holistik dan cekap antara kementeria­n akan dibentuk selepas perbincang­an khusus melibatkan ketiga-ketiga kementeria­n terbabit pada 9 April, termasuk Kementeria­n Wilayah Persekutua­n dan Kementeria­n Belia dan Sukan.

“Saya amat berharap tempoh PKP ini menjadi waktu yang amat berharga bagi mereka yang berkeluarg­a. Rumah adalah syurga dan keluarga adalah segala-galanya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia