Utusan Borneo (Sabah)

PPKK, MAPIM sampaikan sumbangan kepada petugas KKM di barisan hadapan

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) Kawasan Sandakan, Mimbar Permuafaka­tan Ibubapa Malaysia (MAPIM) Negeri Sabah dan MAPIM Daerah Sandakan menyampaik­an sumbangan makanan dan minuman kepada petugas barisan hadapan di Klinik Desa Batu 7 dan Jabatan Pesakit Luar Sandakan.

Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kawasan Sandakan yang juga Yang Dipertua MAPIM Negeri Sabah Haji Otoh Sibik Haji Sahak menyerahka­n sumbangan itu kepada Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan Dr. Haji Johari Ag. Besar di Kompleks Kesihatan Klinik Desa Batu 7.

Manakala, penyerahan sumbangan di Jabatan Pesakit Luar diserahkan kepada Perunding Kanan Pakar Perubatan Keluarga Dr. Hajah Zaiton Yahaya.

Otoh Sibik yang juga Naib Presiden Bapa MAPIM Kebangsaan berkata, matlamat dan tujuan menyalurka­n bantuan dan sumbangan ini adalah untuk membantu dan meringanka­n beban dan memudahcar­akan kepada petugas barisan hadapan.

“Ini disebabkan di atas dedikasi dan pengorbana­n mereka dalam memerangi dan membendung wabak COVID-19 yang melanda bukan sahaja di negara kita tetapi di seluruh dunia,” katanya.

Beliau menganggap semua mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantera­s wabak COVID-19 ini adalah insan yang terpilih oleh Allah SWT menjadi wira dan wirawati negara dalam sejarah tanah air.

“Di atas pengorbana­n mereka yang terlalu besar dan berdepan dengan risiko yang getir, mereka sanggup meninggalk­an keluarga tersayang dan mempertaru­hkan jiwa raga demi negara yang tercinta ini.

“Kita berdoa semoga Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19 ini akan berakhir dalam waktu terdekat, bebas dari wabak dan akan membolehka­n kita rakyat Malaysia khususnya umat Islam di negari Sabah serta di negara ini dapat melaksanak­an ibadah puasa dan solat tarawih di dalam bulan Ramadan Al Mubarrak,” katanya.

Otoh Sibik berkata sekali gus masyarakat akan dapat menunaikan ibadah solat sunat Aidilfitri bersama seluruh keluarga tersayang dan kaum muslimin dan muslimat di seluruh negara.

Beliau berkata begitu juga masyarakat bukan beragama Islam dapat menunaikan ibadat seperti biasa di pusat-pusat ibadat seluruh negara.

 ??  ?? TERBAIK: Dr. Haji Johari (tiga kanan) menerima sumbangan yang disampaika­n oleh Otoh Sibik (tiga kiri).
TERBAIK: Dr. Haji Johari (tiga kanan) menerima sumbangan yang disampaika­n oleh Otoh Sibik (tiga kiri).
 ??  ?? SELAMAT BERTUGAS: Otoh Sibik menyampaik­an sumbangan kepada Dr. Zaiton di pekarangan bangunan JPL.
SELAMAT BERTUGAS: Otoh Sibik menyampaik­an sumbangan kepada Dr. Zaiton di pekarangan bangunan JPL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia