Utusan Borneo (Sabah)

Polis pertingkat kawalan, tambah anggota bertugas di sempadan, perairan negara

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperting­kat kawalan serta bilangan anggota yang bertugas di sempadan dan perairan negara sepanjang pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata sehingga kini sejumlah 2,197 pegawai dan anggota daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) dikerah bertugas di sempadan negara bagi mengekang kemasukan pendatang tanpa izin.

Beliau berkata kawalan di sempadan negara di utara iaitu di Thailand, pesisir pantai barat Johor dan sempadan Sabah serta Sarawak dipertingk­at dalam tempoh PKP.

“Bilangan anggota bertugas dipertingk­at sebanyak 50 peratus berbanding jumlah sebelum pelaksanaa­n PKP,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini, semalam.

Selain itu, Acryl Sani berkata laluan di perairan sebelah pantai barat Semenanjun­g iaitu kawasan Pontian serta pantai timur Johor turut diperketat­kan selepas disyaki sering dijadikan laluan oleh pendatang tanpa izin.

“Pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor telah selaraskan operasi dan (penugasan) akan dilaksanak­an Polis Marin dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia.

“Kami juga akan mohon bantuan Tentera Laut Diraja Malaysia untuk membuat pintasan laut bagi menyekat laluan pendatang tanpa izin,” katanya.

Dalam pada itu, Acryl Sani berkata pihaknya sedang mengenal pasti tekong yang menjalanka­n aktiviti membawa masuk pendatang tanpa izin ke negara ini.

“Polis tingkatkan koordinasi antara Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam, Jabatan Siasatan Jenayah serta cawangan khas untuk mengenal pasti tekong ini.

“Tindakan penguatkua­saan akan dikenakan kepada tekong-tekong ini di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA),” katanya.

Selain itu, katanya, tiada kes penyeludup­an haiwan liar dan hasil hutan setakat ini dikesan ketika pelaksanaa­n PKP.

Acryl Sani berkata sehingga kini, seramai 4,900 pegawai dan anggota PGA bertugas membantu pelaksanaa­n PKP di seluruh negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia