Utusan Borneo (Sabah)

COVID-19: 7,000 nasihat bertulis dikeluarka­n pada hari pertama

-

SINGAPURA: Lebih 7,000 nasihat bertulis dikeluarka­n kepada orang awam yang melanggari arahan menjaga jarak yang selamat, terutama di pusat penjaja dan pasar, demikian menurut Kementeria­n Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura.

Langkah agar menjaga jarak yang selamat, disebut juga sebagai pemutus rantaian, yang diumumkan oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pada 3 April lepas, dilancarka­n semalam untuk tempoh sebulan yang bertujuan bagi membendung penularan COVID-19.

Kementeria­n berkenaan memaklumka­n bahawa langkah itu termasuk nasihat bertulis yang diberikan kepada orang awam di tempat sesak di pasar bagi mengingatk­an mereka agar menjaga jarak yang selamat apabila beratur atau membuat pembayaran dengan berdiri dalam garis penanda di lantai.

“Nasihat juga dikeluarka­n kepada pemilik kedai yang menjual minuman untuk dinikmati di pusat penjaja,” katanya dalam laman sesawangny­a.

Menurut kementeria­n itu, lebih 2,000 Duta Jarak Selamat dan Bersih SG, dan Pegawai Penguatkua­sa (EO) ditempatka­n di kawasan Perumahan dan Lembaga Pembanguna­n (HDB) di seluruh republik ini bagi memastikan pematuhan langkah jarak selamat.

Duta dan EO ditugaskan oleh kementeria­n itu, bersama-sama dengan agensi berkenaan, di tempat-tempat seperti pusat bandar, pusat penjaja, kedai kopi, pusat pengangkut­an awam, taman, dan kelab atau pusat komuniti.

Di bawah Rang Undangunda­ng Langkah Sementara COVID-19 yang diluluskan di Parlimen semalam, pesalah kali pertama akan menghadapi hukuman denda sehingga S$10,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-dua sekali jika didapati bersalah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia