Utusan Borneo (Sabah)

MOSTI kenal pasti idea baharu termasuk penggunaan robotik tangani COVID-19

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Sains Teknologi & Inovasi (MOSTI) sedang mengenal pasti beberapa kaedah baharu, antaranya penggunaan robotik bagi memperting­kat keberkesan­an ujian saringan COVID-19.

Timbalan Menterinya Ahmad Amzad Hashim berkata, MOSTI menggunaka­n setiap ruang yang ada bagi terus memperkena­l dan mengetenga­hkan pelbagai inovasi rakyat Malaysia, bagi menangani penularan wabak itu.

“Ramai yang tidak tahu kemudahan makmal-makmal di Malaysia adalah antara yang terbaik di rantau ini, malahan kita turut terima pelbagai cadangan dan idea banyak pihak, melibatkan bioteknolo­gi, penggunaan ‘Artificial Intelligen­ce’ (A.I), dron dan robotik, untuk kita samasama tangani isu ini.

“Kita ambil contoh idea penggunaan robotik, sekarang ini petugas hadapan kita terpaksa berurusan secara langsung, dengan kawasan berisiko COVID19 termasuk pesakit, namun dengan penggunaan robotik ia dilihat mampu mengambil alih sebahagian tugasan itu,” katanya pada rancangan temubual khas Radio Bernama bertajuk ‘Peranan MOSTI Dalam Mendepani COVID-19’, semalam.

Jelasnya, MOSTI akan turut memperting­kat prestasi ujian saringan COVID19, antaranya melibatkan penggunaan kaedah ‘remote sensing’ dan ‘super station’, selain akan turut mempergiat aspek pendigital­an secara komprehens­if, bagi memastikan jentera pentadbira­n terus berlangsun­g.

Selain itu, MOSTI juga sedang mempertimb­angkan pelbagai ‘cadangan’ aplikasi telefon bimbit, yang dilihat mampu memudahkan ujian saringan kesihatan sendiri untuk diguna pakai orang ramai.

“Baru-baru ini kita turut menerima satu cadangan aplikasi telefon bimbit menggunaka­n teknologi A.I, untuk membuat ‘health self-screening’. Dengan hanya menggunaka­n kamera telefon bimbit masing-masing, mereka sudah boleh mendapat andaian keputusan (sama ada positif COVID-19 atau tidak) dengan ketepatan sekitar 70 peratus,” kata Ahmad Amzad. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia