Utusan Borneo (Sabah)

Petani lega, jalankan aktiviti pertanian seperti biasa

-

TASEK GELUGOR: Golongan penanam sayur dan buah kini mampu menghela nafas lega susulan pengumunan Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad lepas, yang membenarka­n sektor pertanian beroperasi seperti biasa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.

Tinjauan Bernama di Taman Kekal Pengeluara­n Makanan (TPKM) dekat Ara Kuda, di sini mendapati aktiviti pertanian berjalan seperti biasa dengan para petani masing-masing sibuk menguruska­n hasil pertanian untuk diedarkan kepada pemborong, yang kemudianny­a dijual di beberapa pasar raya dan kedai runcit berhampira­n.

Seorang penanam sayur dan buah, Rahemy Ab Rahim, 42, berkata arahan yang dikeluarka­n kerajaan diharap dapat mengatasi masalah lambakan hasil pertanian kerana isu itu dilihat sebagai kemelut utama yang dihadapi rata-rata golongan penanam sayur dan buah.

“Buat masa ini kami beroperasi seperti biasa, namun dari segi perancanga­n kos pengeluara­n tanaman, kami jarakkan masa (hari) supaya ia tidak melebihi permintaan bagi mengelakka­n masalah lambakan,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya, sepanjang

PKPbeliaub­anyakberga­ntung kepada pemborong di sekitar Kepala Batas, Bukit Mertajam dan Padang Serai, Kedah untuk membeli hasil tanaman seperti sawi, kangkung, kacang panjang dan bendi memandangk­an pemborong dari Jitra, Sungai Petani dan Alor Setar tidak dapat membeli hasil pertanian itu ekoran pergerakan yang terhad sepanjang PKP.

“Lambakan hasil tanaman (saya) dalam sehari mencecah satu hingga dua tan dan pihak FAMA (Lembaga Pemasaran

Pertanian Persekutua­n) akan membeli lambakan itu untuk dijual di pusat FAMA di Perai, Butterwort­h. Inisiatif itu sedikit sebanyak memberi kelegaan buat petani,” katanya.

Seorang lagi penanam sayur, Teow Chun Tong, 47, berkata penjelasan terbaharu oleh kerajaan itu amat bertepatan, namun golongan petani sendiri perlu menitikber­atkan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil sepanjang berurusan dengan pelbagai pihak termasuk pekerja dan pemborong bagi mengelakka­n sebarang risiko jangkitan COVID-19.

“Apa yang dinyatakan oleh kerajaan itu bagus malah berharap urusan memungut hasildisin­iakanberja­lanseperti sedia kala tanpa melibatkan lebihan. Cuma bagi saya kesihatan itu perlu diutamakan kerana kita tidak tahu dengan siapa kita berurusan. Malah, saya sering tekankan pekerja untuk sentiasa mengutamak­an kebersihan tidak kira di mana mereka berada,” katanya. — Bernama

 ?? —Gambar Bernama ?? LEGA: Rahemy melakukan aktiviti harian di ladangnya di Taman Kekal Pengeluara­n Makanan, Ara Kuda, kelmarin selepas Ismail Sabri mengumumka­n kebenaran sektor pertanian beroperasi seperti biasa sepanjang PKP pada Ahad lepas.
—Gambar Bernama LEGA: Rahemy melakukan aktiviti harian di ladangnya di Taman Kekal Pengeluara­n Makanan, Ara Kuda, kelmarin selepas Ismail Sabri mengumumka­n kebenaran sektor pertanian beroperasi seperti biasa sepanjang PKP pada Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia