Utusan Borneo (Sabah)

Ronaldinho diarah jalani tahanan rumah di hotel mewah

Hakim bebaskan bekas bintang Brazil dan abangnya untuk tahanan rumah di hotel di Asuncion, bayar ikat jamin 1.5 juta dolar

-

Hakim bebaskan bekas bintang Brazil dan abangnya untuk tahanan rumah di hotel di Asuncion, bayar ikat jamin 1.5 juta dolar

ASUNCION, Paraguay: Seorang hakim pada Selasa mengarahka­n pembebasan bintang bola sepak Brazil, Ronaldinho dan abangnya untuk tahanan rumah di sebuah hotel di pusat bandar Asuncion.

Hakim Gustavo Amarilla, memberitah­u wartawan di mana beliau telah mengarahka­n “penahanan rumah di sebuah hotel untuk Ronaldinho dan abangnya.”

Mereka dipenjara tepat sebulan pada Isnin sementara menanti perbicaraa­n dakwaan menggunaka­n pasport palsu untuk memasuki Paraguay. Para peguam untuk adik beradik itu membayar ikat jamin 1.6 juta dolar.

Keputusan itu bermakna adik beradik itu kini bertukar kediaman di bilik penjara – yang juga menempatka­n bekas presiden persekutua­n bola sepak Paraguay dan bekas speaker dewan rakyat – ke hotel mewah gaya kolonial di tengah Asuncion.

“Saya mempunyai jaminan dari pengurus hotel di mana mereka (Ronaldinho dan abangnya), dengan kos mereka sendiri, boleh menjalani tahanan rumah di sana,” kata Amarilla pada satu sidang media.

Mahkamah rayuan Paraguay bulan lepas menolak satu permohonan untuk membebaska­n adik beradik itu, bermakna Ronaldinho menghabisk­an ulang tahun kelahiran ke-40 beliau di penjara.

Dengan ibu kota Paraguay itu dalam perintah berkurung kerana pandemik koronaviru­s (COVID-19), hakim membuat keputusan menggunaka­n telefon pintar untuk menghubung­i kedua adik beradik itu, dengan kehadiran kamera TV, pendakwa raya dan peguam bela, turut hadir.

Ronaldinho kelihatan tersenyum lebar ketika memahami terma pembebasan­nya dari penjara.

Beliau dan abangnya, Roberto de Assis Moreira – yang juga pengurus perniagaan­nya – pada awalnya tidak berdepan sebarang masalah selepas tiba di Asuncion dari tanah air mereka Brazil pada 4 Mac.

Bagaimanap­un, tidak lama selepas itu, mereka ditahan polis apabila penyiasat mengeledah bilik hotel mereka ekoran pendedahan di mana pasport mereka adalah palsu.

Ronaldinho, yang menerima sambutan bintang selebriti di Asuncion dengan sekitar 2,000 kanak-kanak dan remaja hadir berkata pasport beliau itu telah diberikan kepadanya oleh penaja satu badan amal yang bekerja dengan kanakkanak kurang upaya.

Empat belas orang didakwa dalam kes ini, yang memperluas­kan lagi siasatan tentang kemungkina­n pengubahan wang haram.

Satu waran tangkap dikeluarka­n untuk ahli perniagaan wanita Paraguay yang menguruska­n yayasan amal yang menjemput Ronaldinho.

Ronaldinho, dianggap salah seorang pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman, merupakan pemain dalam skuad Brazil yang menjulang Piala Dunia 2002 dan bermain untuk kelab-kelab besar seperti Barcelona, Paris Saint Germain (PSG) dan AC Milan, antara lain. — AFP

Saya mempunyai jaminan dari pengurus hotel di mana mereka (Ronaldinho dan abangnya), dengan kos mereka sendiri, boleh menjalani tahanan rumah di sana.

Gustavo Amarilla

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? LEGA: Ronaldinho tiba di hotel mewah tempat beliau dan abangnya diarahkan untuk menjalani tahanan rumah di Asuncion, Paraguay kelmarin.
— Gambar AFP LEGA: Ronaldinho tiba di hotel mewah tempat beliau dan abangnya diarahkan untuk menjalani tahanan rumah di Asuncion, Paraguay kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia